'Tiada Siapa Boleh Tandingi Siti, Tetapi Ernie Berjaya Jadikan Lagu Itu Miliknya' - Aubrey
Pengarah muzik tersohor, Aubrey Suwito, menzahirkan rasa kagum dan puas hati terhadap keupayaan penyanyi vokal mantap, Ernie Zakri, membawakan lagu Pesanan Buat Diri nyanyian asal biduanita negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza.
Aubrey berkata, membawakan karya ikonik penyanyi nombor satu negara itu bukanlah satu tugas mudah, namun Ernie berjaya memberikan interpretasi serta jiwa tersendiri tanpa perlu meniru gaya penyanyi asal.
Menurutnya, semasa sesi latihan konsert NSO Aubrey Suwito: Pop Meets Symphony di Panggung Sari, Istana Budaya, beliau sendiri terkesima dengan cara penyampaian Ernie yang disifatkan sangat berbeza dan menyentuh emosi.
"Tiada siapa yang boleh menandingi beliau (Dato' Sri Siti Nurhaliza), tetapi Ernie berjaya meng-'Ernie'-kan lagu itu dan menjadikannya milik sendiri.
"Jika didengar dengan teliti, lenggok nyanyian (turn) dan penghayatannya berbeza, banyak yang lain tetapi 'feel' sedih itu tetap sampai," katanya.
Aubrey menjelaskan, beliau sentiasa mengingatkan barisan penyanyi yang terlibat agar melupakan versi asal dan tidak sesekali cuba bersaing dengan rakaman terdahulu.
Mengulas lanjut, Aubrey berkata beliau meletakkan keyakinan penuh kepada Ernie meskipun sedar cabaran besar menanti apabila seorang penyanyi wanita membawakan lagu milik seorang legenda wanita lain.
"Saya berikan Ernie dua lagu daripada legenda tempatan, termasuk satu lagi lagu Datuk Syafinaz Selamat (Ingin Bersamamu). Saya berikan susunan muzik dan ruang orkestra untuk dia warnakan sendiri, dan hasilnya memang sangat sedap didengar. Bagi saya, persembahannya memang cukup memuaskan," katanya.
Konsert anjuran Istana Budaya itu berlangsung selama dua hari bermula Jumaat, 2 Oktober dan Sabtu, 3 Oktober, dengan menampilkan kelainan menerusi persembahan 16 buah lagu yang diiringi seramai 56 pemuzik profesional daripada National Symphony Orchestra (NSO).
Selain Ernie Zakri, konsert berprestij berkenaan turut membariskan dua lagi penyanyi hebat tanah air iaitu Syamel dan Shiha Zikir.
Orang ramai yang ingin menyaksikan gabungan magis muzik pop dan orkestra simfoni ini masih boleh mendapatkan baki tiket secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi di cloudjoi.com (CloudJoi).