OnStage
Siti Nurhaliza
Artist profile

Siti Nurhaliza

Biduanita Negara Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen, dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di industri muzik Malaysia seawal usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995. Selepas program itu berakhir, beliau telah menerima empat tawaran kontrak rakaman daripada syarikat rakaman antarabangsa sebelum dilamar oleh Suria Records. Single sulungnya yang bertajuk "Jerat Percintaan" telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-11 dan dua anugerah lain bagi kategori Persembahan Terbaik dan Lagu Balada Terbaik. Album pertama beliau telah terjual sebanyak 800,000 unit daripada awal penglibatan beliau di industri muzik Malaysia sehingga tahun 2005 di Malaysia sahaja. Keunggulan beliau di persada seni telah menempa nama di industri muzik Malaysia sehingga telah mendapat pelbagai gelaran panggilan seperti Ratu Pop Malaysia, Penyanyi No. 1 Malaysia, Diva Asia dan Ratu Pop Asia oleh peminat muzik di dalam negara mahupun di luar negara.

On the bill

Concert credits

Penyanyi Utama