ODEON KL Jadi Saksi Kemuncak Jelajah Album Sulung Insomniacks
Selepas hampir 11 tahun membina nama dan pengaruh dalam industri muzik tanah air, kumpulan pop rock popular, Insomniacks, bersedia melakar lembaran baharu menerusi pelancaran album sulung mereka, ‘KAMI INSOMNIACKS’, pada 30 Oktober ini.
Pencapaian bersejarah itu bakal diraikan bersama kira-kira 1,500 peminat menerusi konsert kemuncak siri jelajah pra-album mereka yang dijadualkan berlangsung di ODEON KL pada 31 Oktober.
Persembahan penutup itu akan menyaksikan mereka mendendangkan 14 buah lagu, merangkumi kesemua 12 trek daripada album baharu berkenaan di samping beberapa karya hit terdahulu.
“Album ini sangat bermakna buat kami sebab selepas hampir 11 tahun buat muzik bersama, akhirnya kami dapat kongsikan album pertama kami. Ia merangkum perjalanan, pengalaman dan apa yang kami pelajari selama ini.
“Banyak yang berubah dari segi bunyi, penulisan lagu dan cara kami buat muzik. Kami suka bereksperimen, tapi untuk album ini, kami nak kukuhkan lagi identiti muzik kami.
"Harapnya peminat dapat kenal sisi lain Insomniacks sambil masih rasa sentuhan yang mereka kenal selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
Album 'KAMI INSOMNIACKS' mengangkat tema cinta, persahabatan, kekeluargaan, pengembaraan dan perkembangan diri berdasarkan liku pengalaman anggota kumpulan sepanjang bergelar anak seni.
Bagi menyuntik dimensi baharu, album sulung itu turut menampilkan kolaborasi bersama barisan penyanyi serta komposer ternama tempatan seperti Aziz Harun, Hael Husaini, Irfan Haris dan kumpulan XONE.
Terdahulu, siri jelajah pra-album berkenaan telah membuka tirai di Loft29, George Town, Pulau Pinang pada 19 September lepas secara akustik, sebelum diteruskan di Embrace Hall Music & Art Center, Skudai, Johor Bahru pada 3 Oktober, dengan kedua-dua lokasi mencatatkan jualan tiket habis terjual.
Selain berpeluang menikmati seleksi lagu baharu secara langsung, penonton di ODEON KL turut berpeluang mendapatkan cenderamata rasmi eksklusif, termasuk beg messenger edisi khas yang hanya dijual pada malam persembahan tersebut.
Jelajah KAMI INSOMNIACKS dijayakan bersama OPPO selaku penaja utama, stesen radio ERA sebagai rakan radio rasmi, dan Gallant Guard Services selaku rakan logistik.
Peminat yang ingin menyaksikan showcase kemuncak ini boleh mendapatkan baki tiket kemasukan umum secara terhad menerusi platform dalam talian di https://ticketoffice.ubertickets.asia/events/175784, manakala album ‘KAMI INSOMNIACKS’ boleh distrim di semua platform digital utama bermula 30 Oktober ini.