OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Konsert Wali Band November Ini Laku Keras, Tinggal 30 Peratus Baki Tiket!

Konsert Wali Band November Ini Laku Keras, Tinggal 30 Peratus Baki Tiket!
← Back to News
Fenomena kumpulan popular dari Indonesia, Wali Band, di Malaysia terus membuktikan pengaruh luar biasa apabila tiket bagi konsert eksklusif mereka dilaporkan laku keras, dengan hanya tinggal 30 peratus baki sahaja lagi menjelang malam persembahan. Konsert bertajuk WALI Exclusive – One Night Only dijadualkan berlangsung di Megastar Arena, Kuala Lumpur, pada 21 November ini, jam 8.00 malam. Sambutan hangat ini menyusuli kejayaan luar biasa persembahan mereka menerusi Wali Live In JB di EduCity Complex, Johor Bahru, baru-baru ini, yang menghimpunkan seramai 14,000 penonton. Konsert Wali Band November Ini Laku Keras, Tinggal 30 Peratus Baki Tiket! Impak daripada gegaran di selatan tanah air itu jelas membakar semangat peminat di ibu negara untuk segera mendapatkan tempat memandangkan kapasiti di Megastar Arena adalah terhad kepada 5,000 penonton sahaja. Penganjur bersama, 25th Studio dan Infinity Love Creative Ventures, memaklumkan bahawa baki 30 peratus tiket kini menjadi buruan peminat tegar yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kumpulan di disifatkan sebagai ikon lagu-lagu berentak santai dan bermesej positif itu secara lebih dekat dan eksklusif. Konsert Wali Band November Ini Laku Keras, Tinggal 30 Peratus Baki Tiket! Lebih menambah keterujaan, konsert malam tersebut turut menampilkan penyanyi dan penulis lagu popular tempatan, Najwa Latif, sebagai artis undangan khas yang akan membuka tirai persembahan. Kehadiran Najwa dijangka mengulangi detik chemistry luar biasa di atas pentas, susulan kejutan penampilannya berduet bersama vokalis Wali, Faank, menerusi lagu popular Yank di Johor Bahru sebelum ini, yang sekali gus mencuri tumpuan ramai. Peminat masih berpeluang merapatkan jurang untuk bersama Wali Band menerusi baki tiket yang ditawarkan pada harga bermula dari RM182 (CAT 1) hingga kategori eksklusif VVIP bernilai RM2,222. Pembelian boleh dilakukan menerusi platform rasmi www.myticket.asia sementara stok masih ada.