Tunaikan Hasrat Peminat, Ella Kembali Dengan 'Sidang Penutup' MTR di Unifi Arena Disember Ini
Menyahut permintaan ramai peminat selepas menggegarkan tiga lokasi berasingan tahun ini, Ratu Rock negara, Ella, bakal melabuhkan tirai siri konsertnya menerusi "Majlis Tertinggi Rockqueen (MTR) Ella: Sidang Penutup" di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 5 Dis ini.
Persembahan anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu dirangka susulan maklum balas peminat yang mengharapkan sebuah konsert penutup berskala besar bagi tahun 2026, selepas Ella menyuarakan hasrat berkenaan secara spontan ketika meraikan pengiktirafan Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), baru-baru ini.
Ella, atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 60, berkata Sidang Penutup itu dirancang khusus sebagai tanda penghargaan kepada sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi sepanjang siri konsertnya di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang yang mencatatkan kehadiran keseluruhan melebihi 70,000 penonton.
"Tahun ini merupakan satu perjalanan yang sangat luar biasa dan penuh makna buat Ella... setiap perjalanan pasti ada penghujungnya dan setiap cerita ada bab terakhirnya.
"Ella mahu Sidang Penutup menjadi malam yang benar-benar istimewa untuk kita semua menutup tirai siri ini bersama-sama," katanya pada sidang media pengumuman konsert berkenaan di Subang, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Pengarah Jenama Rockqueen, Capt Azhar, berkata sepanjang siri konsert terdahulu, kehadiran penonton daripada pelbagai lapisan generasi membuktikan kekuatan legasi muzik Ella yang merentas usia.
"Sepanjang beberapa konsert yang lepas, kita telah berjaya menghimpunkan 70,000 peminat yang datang daripada pelbagai lapisan generasi. Kami percaya konsert kali ini bakal menghimpunkan peminat bukan sahaja untuk menikmati muzik, malah membawa pulang kenangan manis yang boleh disimpan selama-lamanya," katanya.
Kemuncak konsert penutup itu turut menyaksikan kelainan apabila Ella bakal berkongsi pentas dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna, serta rakan seperjuangan, Datuk Ziana Zain, yang menggabungkan tiga figura wanita daripada latar muzik dan generasi berbeza.
Istimewa buat penonton, penganjur turut memperkenalkan konsep 'Audience Choice', memberi ruang kepada peminat menentukan beberapa elemen persembahan termasuk pemilihan tema dan senarai lagu yang bakal didendangkan pada malam itu.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal, pula menyifatkan penganjuran konsert kemuncak itu sebagai pelengkap kepada dedikasi lebih empat dekad Ella dalam industri muzik tanah air, selain meraikan kejayaan penyanyi itu yang terus relevan memukau ribuan penonton di pentas mega.
Tiket bagi konsert berkenaan akan mula dijual pada Khamis, 22 Okt 2026 bermula jam 12 tengah hari menerusi laman sesawang rasmi www.hitmanlive.com pada harga bermula RM179.