OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Konsert ‘Tak Bisa Memilihmu’ Titik Noktah Perjalanan Adi Priyo Bersama 6ixth Sense

Konsert ‘Tak Bisa Memilihmu’ Titik Noktah Perjalanan Adi Priyo Bersama 6ixth Sense
← Back to News
Konsert Tak Bisa Memilihmu yang dijadualkan berlangsung pada 23 Januari 2027 di Idea Live Arena di sini bakal menjadi pentas persembahan terakhir vokalis kumpulan popular 6ixth Sense, Adi Priyo bersama band berkenaan. Adi mengesahkan pengundurannya untuk berehat panjang (hiatus) daripada kumpulan itu sejurus konsert anjuran Vamos Entertainment dan Sven berkenaan selesai, bagi memberi tumpuan kepada perancangan karier solo dan komitmen peribadi. Konsert ‘Tak Bisa Memilihmu’ Titik Noktah Perjalanan Adi Priyo Bersama 6ixth Sense Menerusi konsert perpisahan tersebut, 6ixth Sense yang turut dibarisi anggota asal iaitu Gjie (gitar utama), Athan (gitar kedua), Ayoy (bes) dan Wan (dram) bakal mengubati rindu peminat menerusi seleksi karya hit yang pernah menjulang nama mereka dalam industri muzik serantau. Antara lagu popular yang dijangka menggegarkan pentas termasuk Tak Bisa Memilihmu, Khatimah Cinta, Tanpa, Menyesal, Yang Sempurnakanku dan Hari Ini Dan Semalam. Mengulas keputusan berkenaan, pemain gitar kedua kumpulan itu, Athan, berkata anggota lain menerima pengunduran Adi dengan hati terbuka memandangkan mereka sudah bersama dalam industri muzik selama dua dekad. Konsert ‘Tak Bisa Memilihmu’ Titik Noktah Perjalanan Adi Priyo Bersama 6ixth Sense "Sebenarnya kita dah berjalan selama 20 tahun. Jadi kalau Adi membuat keputusan untuk berehat atau hiatus, secara peribadi saya faham puncanya. Mungkin dia penat dan ada sebab tersendiri, tempoh 20 tahun itu satu jangka masa yang sangat lama dan memenatkan. "Saya terima dengan hati terbuka kerana pada pandangan saya, ia sebenarnya bukanlah satu titik pengakhiran mutlak, sebaliknya hanya tempoh berehat sementara," katanya. Terdahulu, Adi menjelaskan keputusan untuk berehat telah dirancang sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan jadual seni yang padat serta komitmen keluarga yang menuntut masa dan perhatiannya. Konsert ‘Tak Bisa Memilihmu’ Titik Noktah Perjalanan Adi Priyo Bersama 6ixth Sense "Saya memang dah rancang untuk berehat bersama 6ixth Sense selepas konsert ini. Dari awal lagi saya dah beritahu rakan kumpulan untuk ambil masa berehat dahulu. Sekarang tanggungjawab saya berbeza, saya seorang bapa dan perlu menguruskan persekolahan anak-anak. Komitmen sebegini agak menyita waktu untuk saya aktif bersama band dalam skala besar," katanya. Konsert ‘Tak Bisa Memilihmu’ Titik Noktah Perjalanan Adi Priyo Bersama 6ixth Sense Sehubungan itu, Adi menyifatkan Konsert Tak Bisa Memilihmu sebagai hadiah perpisahan dan tanda penghargaan istimewa buat peminat setia yang menyokong perjalanan kariernya bersama 6ixth Sense sejak kemunculan awal mereka. Tiket bagi menyaksikan Konsert Tak Bisa Memilihmu ditawarkan pada harga bermula RM99 hingga RM199 dan akan mula dijual kepada orang ramai pada 28 Oktober ini dia laman rasmi fantopia.io