OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Ziana Zain, Erra Fazira, Elite Antara 10 Selebriti Hangatkan Konsert Elegant Selamanya

Ziana Zain, Erra Fazira, Elite Antara 10 Selebriti Hangatkan Konsert Elegant Selamanya
← Back to News
Jenama penjagaan kulit tempatan, Elegant Cosmetics bakal menganjurkan konsert sulungnya, LIVE CONCERT: ELEGANT SELAMANYA yang menghimpunkan 10 barisan artis popular dan legenda merentasi generasi di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Oktober ini. Pengarah Elegant Cosmetics, Dato Al Amin berkata, pemilihan barisan seniman mantap ini dibuat secara teliti bagi merayakan erti kecantikan secara universal, merangkumi aspek seni, keyakinan diri, serta keperibadian manusiawi tanpa mengira jantina. Konsert hebat ini bakal menampilkan dua primadona serta ikon seni tanah air iaitu Datuk Ziana Zain dan Erra Fazira, di samping Adira Suhaimi, kumpulan popular Elite, Nourul, Anggrek, Umai, Odda, pelakon Azar Azmi serta penyanyi muda Zaki Yamani sebagai satu-satunya wakil penyanyi lelaki. Ziana Zain, Erra Fazira, Elite Antara 10 Selebriti Hangatkan Konsert Elegant Selamanya “Ziana, Erra, Adira, kumpulan Elite, Nourul, Anggrek, Umai, Odda dan Azar Azmi mewakili sifat kecantikan wanita yang subjektif. Kecantikan bukan hanya tentang paras rupa dan penampilan, tetapi mampu terserlah dengan sikap atau cerminan hati. “Malah, kehadiran Azar Azmi meskipun bukan seorang penyanyi dan Zaki Yamani sebagai satu-satunya ‘kumbang’ di pentas ini adalah bagi merayakan konsep kecantikan tanpa batas,” jelas Al Amin pada sidang media penganjuran konsert berkenaan baru-baru ini. Ziana Zain, Erra Fazira, Elite Antara 10 Selebriti Hangatkan Konsert Elegant Selamanya Selain persembahan bertenaga di bawah arahan Pengarah Muzik Jay Kugat, malam konsert berkenaan turut menjadi platform eksklusif buat Elegant Cosmetics memperkenalkan produk terbaharu mereka menerusi segmen khas sebelum tirai persembahan bermula. Peminat yang ingin menyaksikan gabungan unik dunia kecantikan dan muzik ini boleh mendapatkan tiket menerusi platform rasmi https://nak.info/elegant