Tiket Tambahan Konsert My Chemical Romance Mula Dijual 22 Oktober Ini
Peminat kumpulan rock antarabangsa, My Chemical Romance, berpeluang merebut tiket tambahan bagi konsert siri jelajah Asia Tenggara kumpulan itu di ibu negara yang akan mula dijual esok.
Penyedia tiket rasmi, GoLive Asia menerusi kenyataan di laman media sosial memaklumkan bahawa satu zon baharu di Tier 3 dibuka susulan sambutan peminat yang terlepas peluang mendapatkan tiket sebelum ini.
"Zon tambahan di Tier 3 dibuka untuk My Chemical Romance South East Asia 2026. Bagi mereka yang terlepas mendapatkan tiket, ini peluang anda untuk memilikinya dan menjadi sebahagian daripada pengalaman konsert ini," menurut hantaran berkenaan.
Kumpulan rock alternatif yang dibarisi oleh Gerard Way (vokal utama), Ray Toro (gitar utama), Frank Iero (gitar rima), dan Mikey Way (bes) ini sememangnya terkenal dengan persembahan pentas yang bertenaga.
Mereka dijangka bakal menggegarkan stadium dengan deretan lagu popular yang menjadi fenomena global dan lagu wajib peminat seperti Welcome to the Black Parade, Helena, I'm Not Okay (I Promise), dan Teenagers.
Konsert My Chemical Romance South East Asia 2026 anjuran Hello Universe itu dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 19 dan 20 Nov 2026 bertempat di TM Stadium Nasional.
Sebagai rekod, siri jelajah Asia kumpulan berkenaan pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Mei lepas, namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu sebelum penjadualan semula dibuat kepada tarikh baharu.
Jualan tiket bagi zon berkenaan dibuka bermula jam 11 pagi, 22 Okt menerusi platform dalam talian www.golive-asia.com.
Peminat boleh melayari laman web rasmi www.golive-asia.com untuk maklumat lanjut berkaitan pembelian tiket konsert.