OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Sambut 30 Tahun Siti Nurhaliza: Menangi Tiket ke Konsert Siti Nurhaliza Violet Skies!

Sambut 30 Tahun Siti Nurhaliza: Menangi Tiket ke Konsert Siti Nurhaliza Violet Skies!
← Back to News
Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, bakal menggegarkan pentas Arena of Stars, Genting Highlands pada 5 & 6 Julai 2025 sempena sambutan 30 tahun perjalanan seni gemilang beliau menerusi konsert istimewa — Violet Skies: Siti Nurhaliza Live In Arena of Stars. Dan berita baik untuk para peminat — mDaily ingin menghadiahkan 3 pemenang bertuah sepasang tiket setiap seorang untuk menyaksikan konsert yang penuh magis dan kenangan ini secara langsung pada 5 Julai 2025. Nak Menang? Ini Cara-Cara Penyertaan: 1️⃣ Ikuti akaun Instagram dan Facebook kami: @mdailyofficial 2️⃣ Suka (Like) hantaran giveaway ini 3️⃣ Kongsi di Story dan tag kami 4️⃣ Komen 2 lagu kegemaran Tokti dan cerita pendek anda bersama lagu tersebut — jangan lupa tag kawan yang anda akan bawa bersama! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan persembahan ikonik dari Tokti dalam malam yang pastinya meninggalkan seribu satu memori indah buat para peminat setia. Tarikh pengumuman pemenang: 1 Julai 2025 Lokasi konsert: Arena of Stars, Genting Highlands Tarikh konsert: Sabtu, 5 Julai 2025 Bagi yang tidak terpilih sebagai pemenang, anda masih boleh mendapatkan tiket di https://www.rwgenting.com/en/entertainment/violet-skies-dato-sri-siti-nurhaliza-live-in-arena-of-stars.html