OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Rossa Gamatkan Axiata Arena dengan Konsert 'Here I Am'

Rossa Gamatkan Axiata Arena dengan Konsert 'Here I Am'
← Back to News
Penyanyi tersohor Indonesia, Dato’ Sri Rossa berjaya memukau ribuan penonton dalam konsert mega Here I Am yang berlangsung malam tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil. Rossa membuka tirai persembahan dengan lagu Tegar, Malam Pertama diikuti Wanita dan Wanita Yang Kau Pilih, yang terus mencetuskan sorakan gemuruh dalam kalangan peminat. Menampilkan gabungan penyanyi popular dan susunan lagu-lagu ikonik, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi simbol kepada semangat persahabatan dan penyatuan budaya antara Malaysia dan Indonesia. Rossa Gamatkan Axiata Arena dengan Konsert 'Here I Am' Finalis rancangan realiti TV3, Calpis Soda One in a Million (CSOIAM) iaitu Marygrace Jane Penserga, Kai Deva dan Zazzleen Zulkifli Zain turut mencuri perhatian apabila menyertai Rossa dalam lagu Takkan Berpaling Darimu, mencipta detik istimewa buat mereka. Persembahan mashup antara Rossa dengan lagu Masing-Masing dan Ernie Zakri menerusi lagu Aku Bukan Untukmu mendapat tepukan gemuruh. Gabungan dua penyanyi dari dua generasi itu memperlihatkan kehebatan vokal dan semangat wanita yang kuat serta berdikari. Rossa Gamatkan Axiata Arena dengan Konsert 'Here I Am' “Aku cukup senang apabila tiap kali membuat persembahan di Malaysia kerana Malaysia juga sudah seperti rumah keduaku. Sambutan peminat di sini sentiasa luar biasa,” kata Rossa. Detik istimewa turut tercipta apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang hadir sebagai penonton secara spontan menyertai Rossa menyanyikan lagu Percayalah. Sorakan penonton memenuhi ruang arena, membuktikan keakraban antara dua ikon muzik Nusantara itu. Rossa Gamatkan Axiata Arena dengan Konsert 'Here I Am' Sepanjang konsert, Rossa turut mempersembahkan lagu-lagu popular seperti Kumenunggu, Cintai Aku, Sisakan Hatimu, Hati Yang Kau Sakiti, Tak Sanggup Lagi, Cinta Dalam Hidupku, Atas Nama Cinta, Jangan Hilangkan Dia, Bulan di Kekang Malam, Ayat-Ayat Cinta, Takdir Cinta, Mimpi, Terlanjur Cinta, Meriah Lain Macam, Sakura dan Pudar. Rossa Gamatkan Axiata Arena dengan Konsert 'Here I Am' Persembahan Rossa turut diiringi oleh UPSI Wind Orchestra dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dianggotai oleh pelajar, pensyarah dan alumni, sekali gus menambahkan seri dan warna pada persembahan malam itu. Rossa Gamatkan Axiata Arena dengan Konsert 'Here I Am' Kemunculan istimewa Ariel Noah menerusi lagu Nada-Nada Cinta dan Tegar turut mencetuskan keterujaan luar biasa. MK K-Clique pula bergandingan dengan Marygrace dan Zazzleen dalam lagu Mimpi, mempamerkan kombinasi gaya moden dan vokal mantap. Hael Husaini menambah lagi sorakan penonton apabila muncul menyanyikan lagu Terlalu Cinta dan Meriah Lain Macam bersama Rossa dengan penuh tenaga dan keserasian di pentas. Rossa Gamatkan Axiata Arena dengan Konsert 'Here I Am' Elemen moden dan segar disuntik oleh DJ Dipha Barus menerusi lagu Serasa, Sakura serta remix lagu Sinaran yang disampaikan secara kolaboratif bersama Rossa dan MK K-Clique. Rentak elektronik itu menjadikan suasana konsert lebih bertenaga. Konsert Here I Am melabuhkan tirainya dengan lagu rancak Hey Ladies yang dinyanyikan Rossa bersama The Ladies. Rossa Gamatkan Axiata Arena dengan Konsert 'Here I Am' Konsert ini anjuran bersama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), Sah Entertainment dan Inspire Production dengan sokongan penaja utama Amber dan Usanita, serta Media Prima sebagai rakan media rasmi.