OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Lagu 'Cindai', Berbaju Melayu Lengkap Tanjak Antara Sorotan Ungu 3 Dasawarsa

Lagu 'Cindai', Berbaju Melayu Lengkap Tanjak Antara Sorotan Ungu 3 Dasawarsa
← Back to News
Kejutan membawakan lagu ikonik Biduanita Negara Dato' Seri Siti Nurhaliza, Cindai, serta penampilan segak mengenakan pakaian tradisi Baju Melayu lengkap bertanjak menjadi antara sorotan utama yang menyemarakkan konsert kumpulan legenda Indonesia, Ungu, malam Sabtu lalu. Konsert bertajuk Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur yang berlangsung di Idea Live Arena di sini menyaksikan hampir 4,000 peminat membanjiri ruang dewan bagi meraikan ulang tahun ke-30 perjalanan muzik kumpulan popular berkenaan. Lagu 'Cindai', Berbaju Melayu Lengkap Tanjak Antara Sorotan Ungu 3 Dasawarsa Dibawakan khas oleh COMs. Creative Studio dan DM Diamond Entertainment, malam penuh nostalgia dengan barisan lagu hits seperti Cinta Gila, I Need You, Ciuman Pertama, Hampa Hatiku dan Percaya Padaku, sebelum membawa penonton melayan perasaan lewat tembang romantik Sejauh Mungkin, Seperti Yang Dulu dan Cinta Dalam Hati. Vokalis Ungu, Pasha, menzahirkan rasa syukur atas sokongan tidak berbelah bahagi peminat di Malaysia sepanjang tiga dekad penglibatan mereka dalam arena muzik. "Malaysia ini sudah macam rumah kedua kami, hampir setiap tahun kami akan ke mari. Kami mengucapkan terima kasih kepada 'Cliquers' Malaysia yang sentiasa menyokong kami. "Tiga puluh tahun adalah perjalanan yang sangat panjang. Ada banyak cerita, cabaran dan kenangan yang kami lalui, tetapi apabila melihat peminat di Kuala Lumpur masih menyanyikan lagu-lagu kami bersama-sama, kami rasa sangat bersyukur. Mereka adalah sebahagian daripada perjalanan Ungu," katanya. Lagu 'Cindai', Berbaju Melayu Lengkap Tanjak Antara Sorotan Ungu 3 Dasawarsa Pentas malam berkenaan bertambah seri dengan kemunculan penyanyi popular tempatan, Marsha Milan, yang tampil menduetkan lagu Bismillah Cinta dan Tercipta Untukku bersama Ungu. Marsha meluahkan rasa teruja dan terharu diberi penghormatan menjadi sebahagian daripada malam bersejarah kumpulan itu. "Lagu-lagu Ungu sudah begitu dekat dengan hati ramai orang, jadi dapat menyanyikannya bersama mereka di hadapan ribuan peminat adalah satu kenangan yang tidak akan saya lupakan," katanya. Persembahan malam itu terus disemarakkan dengan seleksi lagu popular seperti Luka Disini, Gerimis Mengundang nyanyian asal kumpulan Slam serta Demi Waktu, sebelum konsert melabuhkan tirainya menerusi persembahan bertenaga lagu Seperti Mati Lampu.