OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Konsert Gema Bumantara Satukan Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris Dalam 'Hati Kama' Oktober Ini

Konsert Gema Bumantara Satukan Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris Dalam 'Hati Kama' Oktober Ini
← Back to News
Impian peminat untuk menyaksikan kembali gandingan dua figura seni tanah air dalam lagu 'Hati Kama' akhirnya bakal menjadi kenyataan menerusi penganjuran Konsert Tradisional Gema Bumantara Dato' Sri Siti Nurhaliza pada 17 Oktober ini. Penganjuran konsert mega di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu bakal menyaksikan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersatu semula persembahan bersama Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris selepas sekian lama tidak beraksi bersama menyampaikan lagu ikonik berkenaan dalam versi asal. Siti Nurhaliza berkata, jemputan khas buat Noraniza Idris merupakan perkara pertama yang terbit di hatinya sewaktu merangka konsep konsert berkenaan kerana menganggap kehadiran tokoh seni itu amat penting dalam memperjuangkan irama tradisional tanah air. Konsert Gema Bumantara Satukan Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris Dalam 'Hati Kama' Oktober Ini "Saya rasa untuk konsert terbesar ini, dari awal lagi memang dalam hati saya nak jemput Kak Ani (Noraniza Idris) kerana beliau seorang pejuang irama tradisional. "Semua sedia maklum dan menantikan lagu Hati Kama untuk saya dendangkan bersama Kak Ani. Konsert ini tidak lengkap tanpa beliau dan saya sangat gembira jemputan ini diterima baik," katanya pada sidang media dan pelancaran konsert berkenaan di sini, hari ini. Sementara itu, Noraniza Idris mengakui terkejut dan tidak mengagak akan menerima undangan khas untuk beraksi sepentas bersama Siti Nurhaliza, memandangkan pada awalnya beliau hanya berhasrat membeli tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan. Konsert Gema Bumantara Satukan Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris Dalam 'Hati Kama' Oktober Ini "Bila Rozi (pengurus Siti Nurhaliza) hubungi pertama kali, Kak Ani ingatkan mungkin jemputan sekadar untuk menonton. Tetapi bila dimaklumkan untuk sepentas menyampaikan lagu yang telah ditetapkan, rasa sangat bersyukur kerana sekian lama teringin nak bawa lagu Hati Kama ini bersama Dato’ Sri Siti," katanya. Selain Noraniza Idris, konsert anjuran bersama CTDK Global Ventures Sdn Bhd dan SN Legacy Sdn Bhd itu turut menampilkan tiga lagi penyanyi jemputan iaitu penyanyi tempatan Haziq Rosebi serta dua bintang terkenal Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar. Konsert Gema Bumantara Satukan Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris Dalam 'Hati Kama' Oktober Ini Konsert bersejarah yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Visit Malaysia Year 2026 itu bakal diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di bawah pimpinan pengarah muzik Cha’an, serta gabungan seni tari daripada penari Artistana Istana Budaya dan kumpulan kebudayaan tempatan. Tiket bagi menyaksikan konsert ini dijual pada harga bermula RM70 hingga RM899 menerusi platform Ticket2U.