Gemilang Bersama MPO: Dua Dekad Perjalanan Seni Jaclyn Victor Diraikan di DFP
Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) sekali lagi meneruskan tradisi memperkasa bakat seni tempatan menerusi penganjuran konsert eksklusif berganding bersama penyanyi bervokal lantang, Jaclyn Victor, yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC, pada Sabtu, 17 Oktober 2026 jam 8.00 malam.
Bertemakan Jaclyn Victor Gemilang Bersama MPO, konsert istimewa ini diadakan bagi meraikan perjalanan seni serta pencapaian gemilang Jaclyn yang telah menjangkau lebih dua dekad dalam industri muzik tanah air.
Sepanjang penganjuran konsert MPO terdahulu, Jaclyn bukanlah nama asing di pentas DFP apabila beliau pernah memeriahkan acara sebagai penyanyi undangan untuk konsert bertemakan Aubrey Suwito & Friends (2017), Judika & the MPO (2019) dan The Magnificent Seven (2022).
Bagi konsert kali ini, penonton dijanjikan kelainan apabila lagu-lagu popular Jaclyn diberikan nafas baru menerusi susunan simfoni segar oleh MPO.
Antara karya malar segar dan lagu hits yang bakal diberi interpretasi baharu termasuklah Gemilang, Ikut Rentakku, Di Bawah Pohon Asmara, Tiada Lagi Indah dan Beribu Sesalan.
Selain itu, program ini turut menampilkan kebolehan vokal versatil Jaclyn mempersembahkan seleksi lagu pelbagai genre seperti Tunggu Sekejap, When I Fall In Love, Superwoman, Diamonds Are Forever, Chong Bai dan Defying Gravity dalam gubahan orkestra sepenuhnya.
Barisan pemuzik dan pengubah lagu berbakat besar yang terlibat dalam menyusun skor konsert ini merangkumi Aubrey Suwito, Luqman Aziz, Shahhakam Mokhtar, Teuku Umar Ilany, Leonard Yeap, Gerard Salonga dan Ahmad Muriz Che Rose. Konsert ini juga akan dikemudi oleh Ahmad Muriz Che Rose selaku konduktor.
MPO dalam kenyataannya menyifatkan penganjuran ini sebagai bukti keupayaan serta kepelbagaian orkestra tersebut dalam merentasi pelbagai genre muzik, bermula dari karya agung klasikal sehinggalah ke muzik filem, pop, jazz, tradisional dan kontemporari.
Tiket konsert dijual pada harga bermula dari RM249 hingga RM399 (untuk tempat duduk Premium dan A hingga C Reserve), manakala tempat duduk Suite ditawarkan pada harga RM449 dan RM499 seorang.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan boleh menghubungi talian Box Office di 03-23317007, e-mel ke boxoffice@dfp.com.my, atau melayari laman web rasmi MPO di mpo.com.my.
Kehadiran juara musim pertama Malaysian Idol itu menyaksikan beliau kini sebaris dengan senarai artis ternama negara yang pernah berkolaborasi bersama MPO, antaranya termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Salim, Datuk Seri Sheila Majid, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Zainal Abidin, Dayang Nurfaizah, Ella dan Aina Abdul.