Yan & Jatt Ali Sertai XPDC Kita Peng Yu Head Bang Live & Loud At Odeon KL, Bawakan Segmen Metal 60-an
Dua tokoh muzik terkemuka, Yan Lefthanded dan Jatt Ali bakal menyertai kumpulan rock legendaris, XPDC Kita Peng Yu menerusi konsert eksklusif XPDC Kita Peng Yu – Head Bang Live & Loud At Odeon KL pada 22 Ogos depan, dengan membawakan segmen istimewa, Metal 60-an.
Konsert yang dianjurkan oleh Rockstation & Event Entertainment itu bakal menyaksikan kelainan berbanding persembahan biasa menerusi penglibatan figura berpengaruh muzik tanah air iaitu Yan Lefthanded, Jatt Ali (Black Dog Bone) serta Syed Ali (Adik Allahyarham Mael).
Dari kiri: Jatt Ali & Yan Lefthanded bakal mengegarkan konsert XPDC Kita Peng Yu Head Bang Live & Loud At Odeon KL. - FOTO: PAPADIN.
Pengarah Urusan Rockstation & Event Entertainment, Mozylir Moktaruddin berkata, kehadiran ikon rock berkenaan bakal melengkapkan tiga segmen khas yang direka khas buat peminat iaitu Metal, Tribute dan Metal 60-an.
"Apabila kami merancang konsert eksklusif ini, kami mahu menyajikan sesuatu yang berbeza dan tidak pernah disaksikan peminat di mana-mana festival terbuka sebelum ini.
"Menerusi segmen Metal 60-an, penglibatan Jatt Ali dan Yan Lefthanded bakal memberi sentuhan unik, manakala penglibatan Syed Ali dalam segmen Tribute diwujudkan khusus bagi merai dan menghargai jasa Allahyarham Mael," katanya dalam satu sidang media di ODEON Kuala Lumpur, disini, hari ini.
Mengulas mengenai durasi dan pengisian persembahan, Mozylir memberitahu konsert berdurasi hampir dua jam itu bakal menyaksikan deretan 21 hingga 22 buah lagu dipersembahkan, termasuk single terbaharu mereka, Satu Arah, serta lagu-lagu hits bernada keras dan balada popular daripada album Kita Peng Yu serta Brutal.
Sementara itu, pemain drum XPDC Kita Peng Yu, Amy berkata, persiapan bagi konsert bertiket memerlukan komitmen lebih tinggi berbanding acara festival demi memuaskan hati peminat yang hadir.
"Apabila peminat membeli tiket, harapan mereka pasti tinggi. Sebab itu kami memberi perhatian sepenuhnya terhadap susunan lagu, kualiti sistem bunyi, pencahayaan dan pengeluaran secara keseluruhan," jelasnya.
Selain persembahan utama di atas pentas, penganjur turut menyediakan keistimewaan buat pemegang tiket di mana mereka berpeluang menyaksikan sesi uji bunyi (soundcheck) dan latihan, serta beramah mesra bersama ahli kumpulan XPDC Kita Peng Yu pada petang hari kejadian.
XPDC Kita Peng Yu kini dianggotai oleh Ary (vokal), Jeff (gitar), Zua (bass) dan Amy (dram).
Harga tiket bermula RM128 dan boleh dibeli menerusi laman web rasmi https://officialxpdckitapengyu.com/