Westlife Umum Malam Kedua di Kuala Lumpur Januari 2027
Kumpulan pop tersohor dunia, Westlife, bakal menambah satu lagi malam persembahan di ibu negara menerusi siri jelajah Westlife 25: The Anniversary World Tour, susulan permintaan luar biasa daripada peminat tempatan.
Dianjurkan bersama oleh Live Nation Malaysia dan PR Worldwide, konsert tambahan itu dijadualkan berlangsung pada 13 Jan 2027 di Arena Unifi, iaitu sehari sebelum persembahan asal pada 14 Jan 2027.
Pihak penganjur dalam satu kenyataan bersama hari ini memaklumkan bahawa penambahan malam kedua tersebut dibuat khusus demi memenuhi sokongan padu peminat di negara ini.
"Malaysia meminta lebih banyak, dan Westlife telah mendengar permintaan anda! Berikutan sambutan luar biasa terhadap persembahan pertama di Kuala Lumpur, kumpulan pop ikonik ini mahu memberikan peminat Malaysia alasan lebih besar untuk meraikan ulang tahun ke-25 mereka," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, persinggahan selama dua malam di Kuala Lumpur berkenaan bakal membuka tirai jelajah Asia Tenggara kumpulan itu sebelum diteruskan ke Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Hong Kong sepanjang Januari 2027.
"Penambahan tarikh kedua di Kuala Lumpur ini membuktikan kasih sayang berterusan peminat terhadap Westlife di Malaysia. Selepas 25 tahun, ikatan antara kumpulan ini dan peminat mereka kekal utuh dan membuktikan lagu-lagu Westlife tidak akan pernah lapuk dek zaman," tambah kenyataan tersebut.
Konsert itu turut hadir pada waktu bermakna buat Westlife yang baru sahaja melancarkan album 25 - The Ultimate Collection pada 8 Mei lepas, memuatkan trek baharu seperti “Your Love Amazes Me” dan “Chariot”, di samping deretan lagu hit legenda termasuk “You Raise Me Up”, “Uptown Girl” serta “Flying Without Wings”.
Tiket bagi konsert malam tambahan tersebut mula dijual pada Isnin, 28 Sept 2026, bermula 11 pagi menerusi laman sesawang rasmi golive-asia.com, manakala butiran lanjut boleh didapati di livenation.my.