Wali Exclusive di Megastar Arena November Ini, Najwa Latif Pembuka Tirai
Kumpulan popular Indonesia, Wali Band, bakal kembali menemui peminat di ibu negara menerusi konsert berskala eksklusif bertajuk WALI Exclusive – One Night Only yang akan berlangsung di Megastar Arena pada 21 November ini.
Mengulas mengenai penganjuran tersebut, penganjur 25th Studio dan Infinity Love Creative Venture menerusi kenyataan rasmi memaklumkan bahawa konsert yang bermula jam 8.00 malam itu membawakan kelainan dengan mengehadkan kapasiti penonton.
"Menariknya, konsert ini hanya dibuka kepada 5,000 penonton sahaja, menjadikan WALI – Exclusive One Night Only sebuah pengalaman yang lebih eksklusif dan intim untuk peminat yang hadir.
"Dengan jumlah penonton yang terhad, peminat berpeluang menikmati persembahan Wali dalam suasana yang lebih dekat dan istimewa," jelas kenyataan itu.
Menambahkan lagi keistimewaan malam tersebut, penyanyi dan penulis lagu popular Malaysia, Najwa Latif, diumumkan bakal tampil sebagai artis undangan khas.
"Kehadiran Najwa Latif memberikan satu lagi tarikan kepada acara ini, selain mempertemukan dua nama daripada Malaysia dan Indonesia dalam sebuah pentas yang sama," tambah kenyataan itu.
Kehadiran Wali ke Kuala Lumpur kali ini turut menyusuli penampilan terdahulu mereka di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 1 Mei lalu, selain siri jelajah WALI LIVE IN JB yang dijadualkan berlangsung di EduCity Complex, Johor Bahru pada 3 Oktober depan.
Pihak penganjur turut menegaskan bahawa penganjuran pada November ini adalah acara yang berasingan daripada siri jelajah di Johor Bharu.
Peminat pastinya tidak sabar untuk mengimbau memori menerusi deretan lagu popular kumpulan terbabit seperti Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Dik, Doaku Untukmu Sayang, dan Tobat yang terus sinomin dengan perjalanan seni mereka.
Tiket ditawarkan pada pelbagai kategori harga bermula daripada CAT 1 – Dik (RM182; Free Standing), CAT 2 – Baik-Baik Sayang (RM482), CAT 3 – Doaku Untukmu Sayang (RM322), CAT 4 – Tobat (RM252), VIP – Berkah (RM782), sehingga kategori VVIP – Cari Jodoh (RM2,222).
Ttiket bagi menyaksikan konsert berkenaan akan mula dijual pada 23 September ini, jam 12.00 tengah hari menerusi www.myticket.asia.