Vokal 'Telan Kaset' Zamani Di Konsert The Grand Slam Unplugged 2 Rai Pujian
Kualiti vokal penyanyi legenda, Zamani, yang kekal mantap dan merdu bagaikan rakaman album studio ketika beraksi pada Konsert The Grand Slam Unplugged 2 semalam terus meraih pujian meluas daripada peminat.
Konsert berskala besar yang berlangsung di Mega Star Arena, Bukit Bintang itu menyaksikan kumpulan Slam mengubat rindu ribuan penonton yang membanjiri ruang acara sejak awal petang.
Kelantangan serta kemerduan suara emas yang dimiliki vokalisnya itu menjadi tular dan menuai kekaguman luar biasa sebaik sahaja tirai persembahan dibuka malam semalam.
Dalam satu momen , Zamani sempat meluahkan penghargaan atas sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap kerjaya seninya dan kumpulan Slam.
"Terima kasih pada yang datang malam ini dan terus beri sokongan pada kami, kumpulan Slam.
"Sekarang, saya nak tanya siapa yang datang pada Konsert Unplugged Slam di Stadium Merdeka pada 1996? Siapa yang belum dilahirkan? Maknanya, yang datang konsert pada malam ini sudah sebaya dengan kami," ujarnya yang disambut dengan sorakan gemuruh para peminat.
Terdahulu, tirai persembahan dibuka dengan untaian lagu popular seperti Kembali Terjalin, Nur Kasih dan Tak Mungkin Berpaling yang diberi nafas baharu, mengundang sorakan penonton yang memenuhi ruang arena.
Peminat juga dihidangkan dengan untaian lagu yang jarang dimainkan seperti Syair Si Pari-Pari, Entah Mengapa dan Kita Terpaksa Bermusuhan.
Selain Zamani, Slam tampil bertenaga dengan barisan anggota asalnya iaitu Shah (gitar), Lili (bass), Man (dram), dan Eddie (keyboard).
Kehebatan susunan muzik malam itu turut digempitkan lagi dengan kemunculan tiga gitaris undangan tersohor tanah air, iaitu Kidd Search, Nan Alias, dan JoBranko, yang mengiringi Slam dengan lagu Sentuhan Listrikmu, Gadisku dan Intan, Ku Kesepian.
Iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan ternyata memberi impak berbeza, mengubah susunan muzik asal lagu-lagu hits kumpulan itu kepada sebuah karya simfoni akustik yang lebih megah dan mewah.
Foto Oleh: Papadin.