Ungu Pilih Marsha Milan Hangatkan Konsert 'Ungu 3 Dasawarsa' September Ini
Kumpulan rock legenda Indonesia, Ungu, memilih penyanyi terkenal tanah air, Marsha Milan, sebagai artis jemputan khas bagi menghangatkan konsert ulang tahun ke-30 mereka, “Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung pada 5 September ini.
Pemilihan Marsha dibuat sendiri oleh barisan anggota Ungu yang kagum dengan kekuatan vokal serta penghayatan emosi dimiliki penyanyi berkenaan, sekali gus menyifatkan aura beliau mampu melengkapi atmosfera konsert bersejarah itu.
Ungu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mereka sudah lama mengikuti perkembangan seni Marsha dan percaya gandingan itu akan mencetuskan impak luar biasa di pentas Idea Live Arena nanti.
"Marsha mempunyai suara yang emosional dengan karakter yang kuat ketika menyampaikan lagu. Kami percaya beliau mampu membawa energi untuk malam ini.
"Kami benar-benar teruja untuk berkongsi pentas bersama Marsha di Kuala Lumpur dan tidak sabar untuk mencipta momen yang indah bersama peminat Malaysia," kata kumpulan itu.
Sementara itu, Pengarah Konsert daripada COMs. Creative Studio, Zairul Addry Helmy berkata, gandingan antara Ungu dan Marsha Milan bakal memberikan dimensi serta warna berbeza kepada keseluruhan pengalaman konsert.
Beliau berkata pihak penganjur yang turut membabitkan DM Diamond Entertainment yakin gandingan terbabit bukan sahaja kuat daripada segi vokal, malah menampilkan keserasian dan emosi yang mendalam.
"Sejak pengumuman konsert ini dibuat, kami menerima reaksi yang sangat luar biasa daripada peminat. Apa yang boleh kami katakan, ini bukan sekadar sebuah konsert biasa, tetapi sebuah malam yang meraikan muzik, kenangan dan hubungan istimewa antara Ungu dan peminat mereka di Malaysia," katanya.
Mengulas mengenai perkembangan jualan tiket, Zairul Addry berkata sambutan yang diterima setakat ini amat memberangsangkan apabila jualan kini sudah mencecah 50 peratus.
Susulan permintaan yang semakin meningkat, pihak penganjur juga bakal menambah beberapa kategori tempat duduk baharu dalam masa terdekat bagi memberi lebih banyak pilihan kepada peminat.
Konsert "Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur" bakal menyaksikan perjalanan seni 30 tahun kumpulan itu yang dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu “The Birth”, “The Peak” dan “The Legacy”.
Peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu malar segar hit mereka termasuk Demi Waktu, Tercipta Untukku, Seperti Yang Dulu dan Cinta Dalam Hati dengan susunan muzik serta elemen visual yang lebih imersif.
Tiket boleh didapati di laman rasmi lassotickets.com dan fantopia.io