OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Ultraman The Live in Malaysia 2026 Janji Aksi Epik Bahasa Melayu, Tiket Mula Dijual 8 Oktober

Ultraman The Live in Malaysia 2026 Janji Aksi Epik Bahasa Melayu, Tiket Mula Dijual 8 Oktober
← Back to News
Peminat siri adiwira popular Jepun pasti berasa teruja apabila Ultraman The Live in Malaysia 2026 dijadualkan berlangsung secara langsung dalam Bahasa Melayu di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, pada 12 Disember ini. Persembahan pentas berskala besar itu membawakan kelainan apabila menampilkan gabungan empat Ultra Heroes yang bersatu menentang musuh tradisi mereka, Ultraman Belial, yang kembali mengancam dunia dengan kuasa kegelapan selepas dicetuskan oleh perancangan gelap Ultraman Tregear. Ultraman The Live in Malaysia 2026 Janji Aksi Epik Bahasa Melayu, Tiket Mula Dijual 8 Oktober Pihak penganjur berkata, pementasan berkenaan bukan sekadar hiburan visual semata-mata, malah mengetengahkan elemen interaktif unik yang memberi peluang kepada penonton untuk merasai sendiri kehangatan pertempuran di atas pentas. "Pertempuran antara kuasa kebaikan dan kejahatan bukan hanya tanggungjawab Ultra Heroes, tetapi para peminat juga memainkan peranan penting. Apabila hero kita berdepan musuh yang kuat, sorokan dan sokongan padu daripada penonton akan menjadi ‘Ultra Charge’ untuk memberikan kekuatan tambahan kepada mereka. "Kali ini, peminat bukan sekadar menonton dari tempat duduk, tetapi turut menjadi sebahagian daripada pertempuran untuk menentang Kegelapan," jelas penganjur dalam satu kenyataan hari ini. Ultraman The Live in Malaysia 2026 Janji Aksi Epik Bahasa Melayu, Tiket Mula Dijual 8 Oktober Pementasan berprestij itu akan menampilkan tiga slot persembahan berasingan pada pukul 1:30 petang, 4:30 petang, dan 7:30 malam bagi membolehkan lebih ramai peminat serta keluarga hadir menyaksikannya. Tiket rasmi untuk persembahan epik ini akan mula dibuka kepada umum pada 8 Oktober ini bermula jam 12 tengah hari, dengan harga bernilai serendah RM88 hingga RM438. Bagi memberi nilai tambah kepada penonton, pihak penganjur turut menawarkan pakej tiket berkumpulan terhad bagi kategori CAT 1 hingga CAT 3. Ultraman The Live in Malaysia 2026 Janji Aksi Epik Bahasa Melayu, Tiket Mula Dijual 8 Oktober Pakej istimewa itu merangkumi penjimatan sekitar 10 peratus untuk pembelian 5 orang (bermula RM1,080) dan penjimatan sehingga 20 peratus bagi pakej 10 orang (bermula RM1,910). Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pembelian tiket digalakkan melayari platform tiket rasmi di Fantopia.io, atau mengikuti perkembangan terkini menerusi laman media sosial rasmi Star Fortress.