Tiket Konsert Sulung LOVEBITES Di Zepp KL Kini Terjual 60 Peratus
Tiket bagi menyaksikan penampilan sulung kumpulan metal wanita sensasi dari Jepun, LOVEBITES, di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Oktober ini kini sudah terjual sebanyak 60 peratus.
Dianjurkan oleh Rockstage Entertainment, konsert bertajuk LOVEBITES: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur itu menyaksikan keterujaan peminat muzik heavy metal tempatan yang sekian lama menantikan aksi bertenaga lima anggota berkenaan di pentas Malaysia.
Persembahan di ibu negara ini merupakan sebahagian daripada siri Outstanding Tour – SEA 2026 yang turut menjelajah beberapa negara Asia Tenggara lain, termasuk Singapura pada 2 Oktober dan Thailand pada 3 Oktober.
Ditubuhkan pada 2016, LOVEBITES yang dianggotai Asami (vokal), Midori (gitar), Miyako (gitar/kibod), Fami (bass), dan Haruna (dram) terkenal dengan gabungan irama power metal serta permainan instrumental berteknikal tinggi.
Kehebatan aksi pentas mereka pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila meraih anugerah Best New Band pada Metal Hammer Golden Gods Awards 2018, selain pernah beraksi di festival muzik berprestij dunia, Wacken Open Air di Jerman serta pentas ikonik Nippon Budokan di Jepun.
Penganjur menasihatkan peminat tempatan yang masih belum mendapatkan tiket agar segera berbuat demikian bagi mengelakkan kekecewaan memandangkan tempat di Zepp KL adalah terhad untuk persembahan berskala intim ini.
Tiket konsert boleh didapati menerusi layaran laman web rasmi https://www.myticketempire.com/lovebiteskl