Three Man Down Bakal Gegar Kuala Lumpur September Ini
Demam muzik rock Thailand bakal melanda ibu negara apabila kumpulan rock sensasi dari negara jiran, Three Man Down, disahkan bakal mengadakan konsert sulung mereka di Malaysia pada 5 September depan.
Konsert berprestij yang amat dinantikan peminat tempatan itu dijadualkan berlangsung di lokasi ikonik, ODEON KL, bermula jam 8.00 malam.
Diorganisasikan oleh YOLO Malaysia, konsert sulung ini bukan sekadar persembahan biasa, malah ia menjadi satu pencapaian penting dalam kerjaya seni kumpulan itu yang berjaya menembusi pasaran muzik Asia Tenggara melangkaui sempadan bahasa.
Wakil YOLO Malaysia, Ib Harun berkata, penganjuran konsert ini merupakan respons kepada penantian panjang dan sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh peminat tebal kumpulan itu di Malaysia.
"Konsert ini sememangnya sudah lama dirancang. Kami melihat sendiri bagaimana peminat di Malaysia menyokong Three Man Down selama ini, dan membawa mereka ke sini buat kali pertama adalah sesuatu yang amat istimewa.
"Malah, respons yang diterima setakat ini telah melebihi jangkaan awal kami. Kami sangat teruja untuk memberikan satu malam yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, wakil YOLO Thailand, Nam Warunnasorn menjelaskan bahawa konsert sulung ini merupakan langkah pertama daripada komitmen yang lebih besar untuk memperkukuh hubungan industri hiburan antara Thailand dan Malaysia.
"Malaysia sentiasa menjadi pasaran yang kami percayai. Kami melihat bagaimana peminat di sini menerima baik muzik dan budaya Thailand. Konsert ini adalah langkah penting, dan ia pastinya bukan yang terakhir daripada kami untuk membawa lebih banyak artis berbakat ke sini," katanya.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Three Man Down telah meledak sebagai antara kumpulan rock moden paling berjaya di Thailand dengan menguasai carta penstriman digital serta merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk di JOOX Thailand Music Awards dan The Guitar Mag Awards.
Peminat yang hadir pada September ini boleh menjangkakan sebuah persembahan bertenaga dan emosional menerusi rangkaian lagu-lagu hits antarabangsa mereka seperti Fon Tok Mai, Tha Ther Chan Jing, dan Khang Kan.
Sehingga kini, kehangatan konsert tersebut sudah mula dirasai apabila pihak penganjur mengesahkan tiket bagi kategori Premium Seats dan CAT 2 telah pun habis dijual sepenuhnya sejurus jualan dibuka.
Peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah ini dinasihatkan untuk segera mendapatkan baki tiket yang semakin terhad bagi kategori lain menerusi laman web rasmi yoloasia.com.