OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

The Click Five Kembali Ke Malaysia, Konsert 'For Lovers Tour' 30 Ogos Ini

The Click Five Kembali Ke Malaysia, Konsert 'For Lovers Tour' 30 Ogos Ini
← Back to News
Kumpulan pop rock terkenal dari Amerika Syarikat, The Click Five, bakal kembali ke Malaysia bagi mengubati kerinduan para peminat menerusi konsert jelajah mereka, The Click Five For Lovers Tour, pada 30 Ogos ini. Konsert yang amat dinanti-nantikan itu dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada jam 8:30 malam, sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan Malaysia. The Click Five Kembali Ke Malaysia, Konsert 'For Lovers Tour' 30 Ogos Ini Penganjur konsert dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan untuk membawa semula kumpulan itu ke Kuala Lumpur dibuat susulan permintaan luar biasa daripada peminat di rantau ini, selain kejayaan siri jelajah comeback mereka di Asia Tenggara sebelum ini. "Dikenali dengan melodi yang memikat dan persembahan bertenaga, The Click Five pernah mencuri hati satu generasi peminat dengan muzik moden awal tahun 2000-an mereka. "Konsert di Kuala Lumpur ini menjanjikan malam yang intim namun elektrik, dipenuhi dengan nostalgia, romantik, dan lagu-lagu hits yang pernah mendefinisikan satu era buat peminat di Malaysia," menurut kenyataan itu. Peminat boleh menjangkakan senarai lagu dinamik yang bakal menampilkan lagu-lagu popular antarabangsa mereka seperti “Jenny”, “Just the Girl”, dan “Catch Your Wave”. The Click Five Kembali Ke Malaysia, Konsert 'For Lovers Tour' 30 Ogos Ini Bagi peminat tegar, konsert ini turut menawarkan pelbagai pakej eksklusif VIP yang boleh disemak menerusi laman web rasmi Live Nation Asia. Sesi Jualan Eksklusif (Artist Presale) akan dijual pada Khamis, 4 Jun, bermula jam 12:00 tengah hari hingga 11:59 malam dan Jualan Tiket Awam pada Jumaat, 5 Jun, bermula jam 12:00 tengah hari secara dalam talian di platform www.ticket2u.com.my/THECLICKFIVE-KL26. Ditubuhkan di Boston pada awal tahun 2000-an, The Click Five dengan pantas meraih pengiktirafan global dengan carta hits platinum. Lagu “Just The Girl” kini telah meraih lebih 78 juta strim, manakala lagu kegemaran peminat, “Jenny”, mencatatkan 51 million strim di platform digital. Selepas menyepi selama 15 tahun daripada radar konsert besar, kumpulan itu membuat kejutan dengan mengadakan dua siri jelajah Asia Tenggara pada Mei 2025 yang menyaksikan tiket habis dijual, sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri muzik global bagi tahun 2026.