OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Tanpa Ariel, Magis Lagu Malar Segar Peterpan Tetap Pukau Idea Live Arena

Tanpa Ariel, Magis Lagu Malar Segar Peterpan Tetap Pukau Idea Live Arena
← Back to News
Meskipun tanpa kehadiran vokalis asalnya, Ariel, magis lagu-lagu malar segar kumpulan legenda Indonesia, Peterpan, tetap ampuh memukau ribuan peminat setia yang membanjiri Idea Live Arena, Petaling Jaya, malam tadi. ​Konsert Peterpan: 'The Journey Continues – Semua Tentang Kita' itu menjadi bukti kukuh bahawa naskhah ciptaan kumpulan berkenaan melampaui batas masa dan kekal mempunyai tempat istimewa di hati peminat di negara ini. ​Konsert yang dibawakan khas bagi mengubat kerinduan peminat era awal 2000-an itu menampilkan barisan anggota asal Peterpan iaitu Ilsyah Ryan Reza (pemain dram), Andika Naliputra (pemain piano), Hendra Suhendra (pemain gitar bass) dan Loekman Hakim (pemain gitar). ​Bagi mengisi kekosongan posisi vokal, konsert malam tadi diperhebatkan dengan kehadiran beberapa penyanyi jemputan popular Indonesia dan tempatan, yang berjaya memberikan nafas baharu namun mengekalkan jiwa asal lagu-lagu Peterpan. ​Pentas dibuka tepat jam 8.20 malam dengan kemunculan penyanyi rock Indonesia, Marcello Tahitoe atau Ello, yang terus melonjakkan tenaga dewan menerusi trek ikonik Taman Langit dan Khayalan Tingkat Tinggi. Tanpa Ariel, Magis Lagu Malar Segar Peterpan Tetap Pukau Idea Live Arena ​"Apa khabar, Malaysia! Gembira dapat bertemu anda lagi. Saya baru datang ke sini bulan lepas tetapi Peterpan dah datang ke sini sejak 18 tahun yang lepas. ​"Masa pertama kali saya diajak ke projek ini, saya fikir, mereka ini memang legenda! Jadi, lagu-lagunya masih sama kita. Setuju?" sapa Ello yang disambut dengan sorakan gemuruh penonton. ​Selain Ello, pentas turut digegarkan dengan persembahan bertenaga daripada Rony Parulian serta pasangan suami isteri, Tantri Kotak dan Arda Hatna. Tanpa Ariel, Magis Lagu Malar Segar Peterpan Tetap Pukau Idea Live Arena Tanpa Ariel, Magis Lagu Malar Segar Peterpan Tetap Pukau Idea Live Arena ​Arda sempat berkongsi kisah peribadi sebelum mendendangkan lagu Ku Katakan Dengan Indah secara berduet bersama Tantri, dengan mendedahkan lagu tersebut mempunyai nilai sentimental tinggi dalam fasa hubungan cinta mereka sebelum mendirikan rumah tangga. ​Turut memeriahkan konsert ialah penyanyi popular tanah air, Hael Husaini, yang menyampaikan lagu Jauh Mimpiku serta Aku dan Bintang. Hael mengakui berasa gementar namun menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghormatan besar. Tanpa Ariel, Magis Lagu Malar Segar Peterpan Tetap Pukau Idea Live Arena ​"Ini bukan sekadar kolaborasi buat saya. Saya membesar dengan lagu Peterpan dan saya yakin ramai di sini juga mempunyai kenangan bersama lagu-lagu mereka," katanya. ​Antara detik paling mencuri tumpuan dan menyentuh emosi pada malam itu adalah apabila lagu berhantu Mimpi Yang Sempurna didendangkan. Ribuan penonton yang hadir mengambil alih tugasan vokal sepenuhnya, menyanyikan bait-bait lirik lagu tersebut daripada awal hingga akhir tanpa iringan penyanyi di pentas. Tanpa Ariel, Magis Lagu Malar Segar Peterpan Tetap Pukau Idea Live Arena Kehadiran Rony Parulian di atas pentas nyata tidak mengecewakan, menyampaikan untaian hits Yang Terdalam, Masa Lalu Yang Tertinggal, Tak Bisakah dan Mungkin Nanti, Rony membuktikan kredibilitinya sebagai penghibur serbaboleh. ​Dewan yang dibanjiri peminat yang rata-ratanya mengenakan busana bertemakan warna biru turut bergema dengan seleksi lagu hit, diakhiri dengan Semua Tentang Kita yang dinyanyikan semua penyanyi. ​Konsert berdurasi kira-kira dua jam itu ternyata berjaya menghidupkan semula memori dan nostalgia era kegemilangan Peterpan, sekali gus membuktikan status mereka sebagai antara kumpulan muzik paling berpengaruh di rantau Asia Tenggara Foto Oleh: Papadin.