Tampilkan Tiga Segmen Istimewa, Slam Janji Kelainan di Konsert The Grand Slam Unplugged 2 Sabtu Ini
Kumpulan pop rock terkenal tanah air, Slam, menjanjikan kelainan buat para peminat menerusi susunan tiga segmen istimewa pada konsert The Grand Slam Unplugged 2 yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, di sini, Sabtu ini.
Pemain gitar utama Slam, Shah, atau nama sebenarnya Shah Nizam Abdul Halim berkata, konsert sekuel itu bukan sekadar menghidupkan semula memori konsert unplugged ikonik mereka pada tahun 1996, malah ia direncanakan untuk mencipta magis baharu lewat gubahan muzik yang lebih segar.
Beliau berkata persiapan bagi konsert berkenaan berjalan lancar, termasuk sesi latihan intensif bersama 17 pemuzik daripada National Symphony Orchestra (NSO) yang diadakan di Istana Budaya bagi mendapatkan keserasian dan impak bunyi orkestra yang dinamik.
"Sesi latihan setakat ini berjalan sangat baik. Rehearsal bersama pemuzik orkestra di Istana Budaya amat membantu kami mendapatkan 'vibe' sebenar memandangkan itu adalah tempat mereka. Insya-Allah, dari segi persiapan semuanya berada pada tahap terbaik dan kami harap penonton akan menikmati persembahan itu nanti," katanya kepada media ketika ditemui pada sesi latihan di Istana Budaya, hari ini.
Mengulas mengenai pengisian konsert, Shah mendedahkan bahawa perjalanan persembahan akan dibahagikan kepada tiga segmen utama bagi memastikan momentum penonton kekal bertenaga dari awal hingga akhir.
"Kita ada tiga segmen. Segmen pertama akan menyaksikan Slam membawakan rangkaian lagu-lagu berentak rancak (fast track), selain mendendangkan karya daripada album solo Zamani.
"Segmen kedua pula memaparkan slot istimewa selama 15 minit bersama pemuzik jemputan. Untuk segmen terakhir, ia merupakan segmen 'singalong' yang akan dipenuhi dengan barisan lagu-lagu hits popular kami," katanya.
Sementara itu, mengulas berkenaan aspek stamina menjelang malam konsert, penyanyi utamanya, Zamani, meluahkan rasa syukur dan positif terhadap tahap kesediaannya ketika ini.
"Setakat hari ini, selesa (comfortable) lah. Alhamdulillah selesa. Minta-minta dapat kekalkan momentum sebegini pada hari persembahan pun saya dah rasa bersyukur sangat, insya-Allah," katanya.
Bercerita lanjut mengenai penglibatan artis jemputan, Shah berkata Slam memilih barisan gitaris legenda tanah air iaitu JoBranko, Kid dan Aznan Alias untuk beraksi bersama-sama mereka sebagai satu bentuk penghormatan (tribute) kepada pemuzik senior yang banyak mewarnai landskap industri.
"Kita mahu 'treat' mereka sebagai artis yang membuat persembahan bersama-sama kita di atas pentas, bukan sekadar pemuzik pengiring di belakang. Slam akan membawakan lagu 'masterpiece' daripada mereka dan digubah mengikut acuan Slam.
"Gabungan antara pemuzik rock tegar dengan irama pop Slam ini akan mewujudkan satu kontra yang sangat menarik dan sesuatu yang jarang disaksikan oleh peminat," jelasnya.
Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah ini, tiket masih boleh didapati menerusi laman web rasmi ilassotickets.