T-ARA Kembali Disatukan di Fan-Con Solo 'Summer Again' Ogos Ini
Kumpulan legenda K-Pop generasi kedua, T-ARA, bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi konsert kipas (fan-con) solo T-ARA FAN-CON IN MALAYSIA 2026 [Summer Again] yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena di sini pada 9 Ogos ini.
Acara anjuran T-Rex Studio Sdn Bhd itu bakal menyatukan semula empat anggotanya iaitu Qri, Eunjung, Hyomin dan Jiyeon di atas satu pentas bagi menghiburkan peminat menerusi deretan lagu popular mereka, selain sesi interaksi khas serta pelbagai manfaat eksklusif buat pemegang tiket.
Penganjur dalam satu kenyataan memaklumkan, fan-con berkenaan menandakan penampilan solo pertama T-ARA di negara ini selepas beberapa kali tampil dalam festival serta konsert gabungan pelbagai artis K-Pop sebelum ini.
"Kehadiran semula T-ARA kali ini amat dinantikan kerana ia memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka menerusi sebuah acara khas yang akan mengubat kerinduan peminat tempatan," menurut kenyataan itu.
Ditubuhkan pada tahun 2009, kumpulan wanita terkemuka itu terkenal dengan pelbagai lagu hits yang mencetuskan fenomena global seperti Bo Peep Bo Peep, Roly-Poly, Lovey-Dovey, Cry Cry, Day by Day dan Sugar Free.
Walaupun kesemua ahli kini sibuk dengan kerjaya solo masing-masing, T-ARA terus komited untuk bergabung secara berkala bagi menghasilkan muzik baharu serta mengadakan persembahan pentas bersama peminat setia mereka yang dikenali sebagai Queen's.
Menurut penganjur, harga tiket bermula dari RM338 hingga RM888 kini boleh didapati menerusi platform Ticketing Tix dan GimmeTix, dengan pemegang tiket kategori RM888 dijamin menerima sesi gambar eksklusif bersama kumpulan berkenaan.