OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

SUPASONIK 2026, Satukan Masdo, Iqbal M & Komuniti Muzik

SUPASONIK 2026, Satukan Masdo, Iqbal M & Komuniti Muzik
← Back to News
Menara PT80 DBKL bakal menjadi medan tumpuan para pencinta muzik tanah air apabila dipilih sebagai lokasi penganjuran festival muzik berskala besar, SUPASONIK 2026, pada 13 Jun ini. Acara berenergi tinggi yang dijadualkan berlangsung selama lapan jam itu bakal menyatukan barisan artis tempatan terkemuka dan pelbagai komuniti muzik akar umbi di bawah satu bumbung. SUPASONIK 2026, Satukan Masdo, Iqbal M & Komuniti Muzik Antara nama besar yang disahkan bakal menggegarkan pentas termasuk kumpulan pop-retro popular Masdo dan band rock indie ikonik Iqbal M. Selain mereka, festival ini turut membariskan gabungan mantap pelbagai genre menerusi penampilan No Good, 0108 Slatan, Johny Comes Lately, Eemrun x Dannqrack, Hacktick!, Dependent, Gallagher, serta Seberang. Wakil penganjur berkata, SUPASONIK 2026 yang menyasarkan kehadiran lebih 2,000 pengunjung ini direka khusus untuk meraikan kepelbagaian landskap muzik tempatan serta menyediakan ruang yang inklusif bagi peminat mendekati karya seni kegemaran mereka. "SUPASONIK diwujudkan sebagai ruang untuk komuniti muzik tempatan berkumpul, berkongsi semangat dan meraikan karya-karya yang lahir daripada pelbagai latar belakang serta genre. "Kami berharap penganjuran ini dapat menyumbang secara positif kepada perkembangan ekosistem muzik tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. SUPASONIK 2026, Satukan Masdo, Iqbal M & Komuniti Muzik Sebagai usaha memperluaskan capaian dan mendekati komuniti muzik di luar ibu negara, pihak penganjur turut menggerakkan 'SUPATOUR' sebuah siri jelajah akustik secara percuma yang merentasi tujuh negeri di seluruh Malaysia menjelang acara kemuncak berkenaan. Inisiatif jelajah itu bukan sahaja bertujuan mempromosikan festival, malah bertindak sebagai jambatan dalam memperkukuh hubungan antara penganjur, barisan artis, dan komuniti muzik akar umbi di seluruh negara. Festival SUPASONIK 2026 dijangka bukan sekadar menjadi acara hiburan kosong, sebaliknya platform penting bagi merancakkan lagi pertumbuhan industri kreatif negara pasca-pandemik melalui penglibatan aktif penggiat seni dan para peminat.