OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Sunset By NEON: Pesta Muzik 'Di Awan Biru' September Ini

Sunset By NEON: Pesta Muzik 'Di Awan Biru' September Ini
← Back to News
Festival muzik elektronik terkemuka, Sunset By NEON, bakal kembali menggegarkan puncak Genting Highlands menerusi edisi 'Chapter Two' yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 September ini. Membawakan tema festival destinasi "di atas awan", acara dua hari anjuran NEON Projects dengan kerjasama HiFive Entertainment itu akan beroperasi dari jam 4 petang hingga 3 pagi, menampilkan seleksi muzik bergenre Melodic Techno. Sunset By NEON: Pesta Muzik 'Di Awan Biru' September Ini Penganjur dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, edisi kali ini bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menyaksikan penampilan sulung lima nama besar muzik elektronik antarabangsa di bumi Malaysia iaitu Enrico Sangiuliano, MORTEN, Yotto, Agents Of Time dan SLVR. Festival berkenaan direka khusus bukan sekadar untuk hiburan, sebaliknya sebagai sebuah destinasi pelancongan muzik yang serba lengkap. "Pengunjung bakal disajikan dengan pengeluaran produksi bertaraf dunia yang berlatarbelakangkan keindahan Genting Highlands. Udara pergunungan yang dingin, kehijauan alam semula jadi, serta persekitaran tanah tinggi ini pastinya memberikan satu suasana yang tidak mungkin didapati di festival konvensional yang lain," menurut kenyataan itu. Sunset By NEON: Pesta Muzik 'Di Awan Biru' September Ini Hari pertama festival akan diterajui oleh ikon techno Itali, Enrico Sangiuliano bersama perintis genre Future Rave dari Denmark, MORTEN. Hari kedua pula bakal menyaksikan pengambilalihan pentas konsep 'Time Machine' yang dihoskan oleh duo Itali, Agents of Time, selain penampilan penerbit sensasi Perancis, Rivo, serta Yotto, SLVR dan NOSI. Sunset By NEON: Pesta Muzik 'Di Awan Biru' September Ini Pentas festival itu turut memberi ruang kepada pemuzik tempatan dengan mengetengahkan bakat anak watan termasuk Victor G, CXW, gandingan Boriz B2B Wesufo, MTR dan Dora. Bagi menambah nilai pengalaman pengunjung, penganjuran kali ini turut dipacu oleh OMODA & JAECOO selaku Rakan Automotif Rasmi yang akan mempamerkan model eksklusif OMODA C7 bagi menyatukan elemen reka bentuk automotif, teknologi dan gaya hidup kontemporari. Sunset By NEON: Pesta Muzik 'Di Awan Biru' September Ini Festival berkenaan turut mendapat sokongan daripada Pepsi dan Evervess sebagai penaja bersama. Menurut penganjur, sambutan orang ramai terhadap festival berkenaan amat menggalakkan apabila Pas Masuk Am (General Admission) dua hari berharga RM348 kini telah terjual sebanyak 60 peratus, manakala Pas VIP dua hari bernilai RM788 sudah mencapai 70 peratus jualan. "Dari detik pertama cahaya matahari terbenam sehinggalah ke trek terakhir yang dimainkan pada jam 3 pagi, penganjuran Chapter Two ini dibina bersandarkan sebuah falsafah ringkas yang menjadi nadi kepada Sunset By NEON iaitu: Anda Berada Tepat Di Tempat Sepatutnya (You Are Exactly Where You Belong)." tambahnya. Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan tiket dan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi di www.sunsetbyneon.asia.