'Suara Rakyat' Jawapan Faizal Tahir Buat Peminat - 'Ini Tanggungjawab Saya Pada Peminat'
Selepas sekian lama dihujani pertanyaan demi pertanyaan daripada peminat mengenai penganjuran konsert solo, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir akhirnya tampil melunaskan impian tersebut menerusi pengumuman Konsert ‘Faizal Tahir: Suara Rakyat’.
Konsert yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 3 Oktober 2026 itu disifatkan oleh beliau sebagai satu bentuk tanggungjawab dan penghargaan tertinggi buat sokongan tidak berbelah bahagi para peminatnya sepanjang dua dekad dalam industri muzik tanah air.
Faizal, 48, mengakui bahawa desakan dan pertanyaan konsisten daripada peminat yang bertanyakan "bila lagi mahu mengadakan konsert" menjadi pendorong utama untuk beliau kembali beraksi di pentas mega.
"Konsert ini adalah jawapan terus saya kepada semua peminat yang tidak pernah penat bertanya. Saya menganggap ini bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, tetapi satu tanggungjawab besar yang perlu saya laksanakan demi mereka yang sentiasa ada di belakang kerjaya seni saya," katanya semasa sidang media di The Campus, Ampang di sini, hari ini.
Mengulas mengenai pemilihan judul ‘Suara Rakyat’, bekas naib juara One in a Million ini menjelaskan ia melambangkan penyatuan suara dan nadi para peminat yang telah mengangkat karya-karyanya sejak awal kemunculan sehingga kini.
Faizal turut berkongsi prinsip kerjayanya pada fasa usia sekarang yang mana beliau lebih mementingkan keharmonian kerja berbanding tekanan publisiti. Malah, beliau bersetuju mengadakan konsert ini kerana tertarik dengan cadangan daripada pihak penganjur sendiri.
"Sebenarnya saya bukan beriya sangat mahu buat konsert, saya selesa dengan kehidupan sederhana sekarang. Konsep 'Suara Rakyat' ini adalah idea sepenuhnya daripada Hitman Solutions.
"Cara saya bekerja pada waktu dan usia sebegini adalah untuk mempermudahkan urusan semua orang sahaja. Paling penting, semua pasukan produksi, rakan strategik, dan saya sendiri berada dalam persekitaran kerja yang gembira, positif, dan tanpa paksaan," jelasnya lagi.
Konsert berskala besar sempena sambutan tahun ke-20 penglibatan beliau sebagai anak seni itu bakal dibawakan secara kolaborasi strategik antara syarikat penganjur terkemuka, Hitman Solutions dan syarikat pengurusan beliau sendiri, Faithful Music
Tiket bagi menyaksikan Konsert 'Faizal Tahir: Suara Rakyat' yang ditawarkan pada harga bermula RM98 boleh didapati secara eksklusif menerusi laman web rasmi www.hitmanlive.com.
Sesi Pra-Jualan Artis akan dibuka bermula 9 Jun 2026 (Selasa) jam 12 tengah hari, manakala jualan bagi pasaran umum pula akan bermula pada keesokan harinya, 10 Jun 2026 jam 3 petang.