OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Spider Bakal Gempur Stadium Hoki Nasional September Ini

Spider Bakal Gempur Stadium Hoki Nasional September Ini
← Back to News
Kugiran rock dan ska legenda tanah air, Spider, bakal mengadakan konsert berskala besar, 'Spideraya', bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 26 Sept ini. Konsert bersempena lebih tiga dekad pembabitan mereka dalam belantika muzik tempatan itu dijadualkan bermula pada 8.30 malam, anjuran B7 Resources Sdn Bhd. Wakil penganjur Khairul Afizi berkata nama Spideraya dipilih sebagai lambang perayaan fasa dan evolusi muzik kugiran kelahiran Johor Bahru itu, selain menyifatkan jenama Spider itu sendiri sudah cukup kuat tanpa memerlukan alasan yang lebih besar untuk penganjurannya. Spider Bakal Gempur Stadium Hoki Nasional September Ini "Spider adalah kugiran legenda tanah air. Katalog muzik mereka daripada zaman album Ngam Ho di tahun 1998 sehingga Ankabut yang lahir pada 2016 masih relevan sehingga kini walaupun tanpa karya baharu," katanya di sidang media di Banglo 289, Jalan Raja Chulan, di sini, semalam. Beliau berkata kualiti dan kredibiliti sedia ada meletakkan Spider sebagai antara kugiran terbaik yang mampu menyatukan peminat daripada generasi Milenial sehinggalah Gen Z menerusi lagu-lagu malar segar seperti Aladin, Relaku Pujuk, Mungkinkah Terjadi dan Kacap Terlabik. Sementara itu, vokalis Spider, Tam, berkata persetujuan untuk mengadakan konsert itu dibuat setelah mempertimbangkan visi dan misi penganjur yang selari dengan prinsip perjuangan muzik mereka. Spider Bakal Gempur Stadium Hoki Nasional September Ini "Apa yang Spider selalu pentingkan dalam setiap kemunculan kami selama berkarya ini adalah bagaimana kesan baik yang ditinggalkan bukan sahaja kepada kami atau peminat, tetapi keseluruhan industri hiburan. Spider akan membawakan konsep ‘perayaan’ yang tidak akan pernah dilupakan," katanya. Tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual mengikut kategori nama lagu hit mereka iaitu ALADIN (RM158), KITA SATU (RM148), NGAM HO (RM168), ANKABUT (RM208), BINTANG 12 (RM238) dan NAZRAKU (RM268), yang boleh dibeli menerusi laman web https://www.ticket2u.com.my/spideraya.