OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Sempena 25 Tahun Dalam Industri, Shila Amzah Bakal Bawa 40 Lagu di Arena of Stars 15 Ogos Ini

Sempena 25 Tahun Dalam Industri, Shila Amzah Bakal Bawa 40 Lagu di Arena of Stars 15 Ogos Ini
← Back to News
Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah bakal meraikan ulang tahun ke-25 penglibatannya dalam industri muzik menerusi konsert berskala mega "KITA – 25 Tahun Bersama" yang dijadualkan berlangsung pada 15 Ogos ini. Konsert anjuran Pink Asia di Arena of Stars, Resorts World Genting itu menjadi simbol penghargaan kepada perjalanan seni suku abad Shila serta sokongan tidak berbelah bahagi para peminatnya. Menurut Shila, konsert ini membawa makna yang amat besar buat dirinya kerana setiap kejayaan yang dikecapinya sepanjang 25 tahun ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan para peminat. Sempena 25 Tahun Dalam Industri, Shila Amzah Bakal Bawa 40 Lagu di Arena of Stars 15 Ogos Ini "Saya percaya setiap lagu yang pernah saya nyanyikan mempunyai cerita tersendiri dan saya mahu menghidupkan semula semua kenangan itu bersama para peminat yang sentiasa berada di sisi saya sejak hari pertama," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini. Bagi memberikan pengalaman luar biasa kepada para penonton, Shila bakal menyampaikan 40 buah lagu yang merangkumi karya dalam bahasa Melayu, Mandarin, dan Inggeris. Antara lagu ikonik yang akan didendangkan termasuk Ada Saja, Tragik, Patah Seribu Hatiku, Oscar Winning Tears, dan Memori Tercipta, di samping segmen khas seperti Tribut Sudirman, Tribut Michael Jackson, serta Fish Leong Medley. Sementara itu, Pengarah Syarikat Pink Asia, Ravivarman Vicraman berkata, pemilihan Arena of Stars sebagai lokasi adalah bertepatan dengan reputasinya sebagai venue hiburan bertaraf dunia yang mampu menampilkan produksi premium berskala besar dengan kemudahan teknikal terbaik. Sempena 25 Tahun Dalam Industri, Shila Amzah Bakal Bawa 40 Lagu di Arena of Stars 15 Ogos Ini "Kami yakin pengalaman yang bakal disajikan bukan sahaja memenuhi jangkaan peminat tempatan, malah mampu menarik lebih ramai pengunjung luar negara bersempena sambutan Visit Malaysia 2026," katanya. Malam bersejarah itu turut diserikan dengan penampilan barisan artis jemputan terkenal seperti DJ Fuzz, Balan Kashmir, Kidd Santhe, Mimi Fly, dan Hael Husaini yang bakal menyuntik kelainan menerusi kolaborasi eksklusif pelbagai genre di atas satu pentas. Sempena 25 Tahun Dalam Industri, Shila Amzah Bakal Bawa 40 Lagu di Arena of Stars 15 Ogos Ini Konsert yang menyasarkan kehadiran lebih 5,000 penonton ini turut mendapat sokongan The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia sebagai Rakan Rasmi, manakala Resorts World Genting dan Visit Malaysia 2026 bertindak sebagai Rakan Strategik. Tiket konsert ditawarkan pada harga bermula RM149 sehingga RM599 (VIP) dan kini boleh didapati secara dalam talian. Sebagai nilai tambah, peminat yang membeli tiket menerusi platform rasmi Ticket2U.com.my atau rwgenting.com layak menikmati diskaun segera 10 peratus bagi pembelian tiket konsert, serta diskaun 20 peratus untuk makanan dan minuman di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf terpilih dalam tempoh tiga hari dari tarikh pembelian tiket.