Selepas Anjur Showcase Percuma, DUKES Umum Konsert Solo November Ini
Selepas menganjurkan showcase percuma sebagai tanda penghargaan buat para peminat, kumpulan muzik tempatan DUKES mengumumkan bakal mengadakan konsert solo julung kali mereka, DUKES Live in Concert 2026, pada 7 Nov depan.
Konsert solo anjuran Beatus Live Sdn Bhd itu dijadualkan berlangsung di Odeon Kuala Lumpur pada 8 malam, manakala maklumat jualan tiket rasmi menerusi platform Loket akan diumumkan pada 28 Ogos ini.
DUKES dalam kenyataan memaklumkan penganjuran showcase percuma Fan Appreciation Session di Drum Asia, Hartamas pada Ahad lepas adalah bagi membalas sokongan peminat yang terkesan ekoran pembatalan konsert mereka yang sepatutnya berlangsung pada 16 Ogos.
"Kami tahu ada yang datang dari jauh, beli tiket penerbangan, tempah hotel dan ambil cuti. Kami rasa bertanggungjawab untuk sekurang-kurangnya berjumpa dengan mereka.
"Walaupun tidak mampu menggantikan konsert yang dibatalkan, kami mahu hari tersebut tetap menjadi kenangan bermakna buat semua," menurut kumpulan itu.
Sesi eksklusif selama 90 minit yang dihadiri hampir 300 peminat dari seluruh negara itu menyaksikan DUKES mempersembahkan 11 lagu, termasuk karya popular daripada album sulung mereka Irama Budak Bermimpi seperti Surat, Bila Kau Datang Menangis dan Laila, selain mengadakan sesi suai kenal bersama peminat.
Dalam pada itu, DUKES turut berkongsi kejayaan album Irama Budak Bermimpi yang dilancarkan pada 26 Jun lepas apabila berjaya mencatatkan lebih satu juta penstriman di platform Spotify dalam tempoh kurang dua bulan.
"Satu juta penstriman ini bukan sekadar angka, tetapi bukti muzik DUKES semakin diterima ramai. Terima kasih kerana terus percaya dengan perjalanan kami," jelas kumpulan tersebut.
Maklumat lanjut mengenai konsert dan jualan tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi www.malamiramadukes.com serta media sosial rasmi DUKES.