Saksikan Zamani, Tam Spider & Hazama di Showcase Jiwa Rasa 5.0 Oktober Ini
Barisan vokalis padu, Zamani Slam, Tam Spider, dan Hazama bakal disatukan di atas satu pentas dalam persembahan eksklusif "Showcase Jiwa Rasa: Nizam Laksamana & Kawan-Kawan (5.0)" yang dijadualkan berlangsung pada 3 Oktober depan.
Penganjuran edisi kelima ini merupakan kesinambungan kepada siri persembahan terdahulu yang diasaskan sendiri oleh pelopornya, Nizam Laksamana dan bakal diadakan di Noah Ballroom, Tingkat 6, Wisma LJT, Taman Melawati itu dianjurkan oleh Zara Event & Management.
Menurut Nizam Laksamana, pemilihan Zamani Slam dan Tam Spider dalam siri kali ini disifatkan sebagai satu bentuk 'balas jasa' atas komitmen padu yang pernah diberikan oleh kedua-dua ikon muzik itu dalam siri showcase terdahulu.
Mengulas lanjut mengenai visi program berkenaan, Nizam menyatakan bahawa inisiatif ini lahir daripada keinginan yang mendalam untuk terus memaksimumkan platform seni sebagai medium yang menyebarkan manfaat konkrit kepada segenap lapisan masyarakat.
"Industri hiburan bukan sahaja berperanan menghiburkan masyarakat, malah mampu menjadi jambatan utama untuk menyatukan komuniti dalam menjayakan pelbagai usaha kebajikan sosial," katanya.
Sehubungan itu, pihak penganjur kini mengalu-alukan penglibatan aktif daripada syarikat-syarikat korporat, rakan strategik, penaja swasta, dan pihak media massa untuk bersama-sama turun padang menjayakan program kebajikan ini.
"Bantulah kami dengan menaja atau membeli meja untuk kami membantu mereka yang memerlukan bantuan," katanya.
Hasil kutipan dana daripada jualan meja dan kerusi pada malam persembahan tersebut akan disalurkan terus kepada organisasi bukan kerajaan (NGO) terpilih bagi membantu meringankan beban pesakit kanser, komuniti autisme, serta artis-artis tanah air yang memerlukan bantuan kebajikan serta sokongan moral.
Selain gandingan ikonik tersebut, kekuatan penganjuran kali ini turut diperkukuh dengan kehadiran Nizam Laksamana, Azmani, Haiza, serta kumpulan nasyid kontemporari terkemuka, UNIC.
Penganjur menawarkan tiga kategori tempahan meja eksklusif iaitu Meja Platinum (8 tempat duduk) pada harga RM10,000, Meja Gold (10 tempat duduk) pada harga RM5,000, serta Meja Silver (10 tempat duduk) pada harga RM1,700.
Tempahan dan maklumat lanjut boleh dibuat dengan menghubungi talian NL (019-399 7944), Remy (011-7074 0216), atau Hamri (014-338 0185).