Rockology 2025: Tempah Tiket Awal dengan Bayar Separuh Sahaja
Peminat muzik rock tanah air kini boleh menarik nafas lega apabila penganjur Rockology Concert Tour 2025 mengumumkan pelan bayaran mudah yang membolehkan tiket dibeli dengan hanya 50% bayaran pendahuluan.
Konsert yang bakal menampilkan legenda rock negara seperti Dato’ Awie dan Search (Kid Din) ini dijangka mencetuskan fenomena apabila membuka ruang lebih inklusif untuk peminat merancang pembelian mereka tanpa beban kewangan yang besar.
Menurut Pengarah RPM Events Sdn. Bhd., Dato’ Eddy, pelan ini diwujudkan bagi memastikan lebih ramai peminat dapat merasai kehangatan konsert yang bakal berlangsung di dua lokasi utama iaitu Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun dan EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai ini.
“Rock adalah untuk semua. Kami mahu peminat dapat ‘lock’ tempat duduk mereka lebih awal tanpa beban kewangan, dan menikmati persembahan ikonik dari dua nama besar dalam sejarah rock tanah air. Kami faham keadaan ekonomi semasa dan inilah antara usaha kami memudahkan peminat,” kata Dato’ Eddy.
Pembelian tiket boleh dibuat melalui platform rasmi UberTickets dengan memilih opsyen bayaran 50/50. Namun begitu, bayaran penuh perlu diselesaikan selewat-lewatnya tujuh hari sebelum konsert.
Kegagalan melunaskan baki akan menyebabkan tiket dibatalkan dan bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.
Harga tiket bagi Rockology Concert Tour 2025 adalah seperti berikut:

- Pulau Pinang: RM98 hingga RM218
- Johor: RM98 hingga RM350