Rhoma x MALIQ & D'Essentials, Lah x Ruffedge, MASDO x Gerhana Ska Cinta Kolaborasi 'Rare' LPM2026
Penganjuran edisi kedua Latihan Pestapora Malaysia 2026 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil Sabtu lepas melakar sejarah tersendiri apabila menampilkan kejutan gabungan muzik 'rare' menerusi kolaborasi pentas antara artis terkemuka Malaysia dan Indonesia.
Festival yang berlangsung selama 12 jam anjuran Hitman Solutions dan Boss Creator itu berjaya menghimpunkan 19 artis serta kumpulan muzik merentasi pelbagai genre, sekali gus memperkukuhkan jambatan kebudayaan serantau.
Antara persembahan yang paling mencuri tumpuan adalah kolaborasi julung kali yang membariskan Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama bersama kumpulan Soneta yang digabungkan dengan susunan muzik pop-funk moden daripada MALIQ & D’Essentials.
Pentas dihangatkan dengan dendangan lagu ikonik seperti "Begadang" dan "Penasaran" yang diberi sentuhan groovy, selain lagu "Pilihanku" dan "Untitled" yang dinyanyikan bersama dalam gaya gabungan dangdut-soul.
Selain itu, suasana festival terus emosi menerusi penyatuan harmoni vokal R&B tempatan antara Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge.
Gabungan mantap ini memukau penonton menerusi rangkaian lagu nostalgia seperti "Bila Rindu", "Ayu", "Kau Rasa Apa", serta lagu wajib sing-along "Khayalan".
Kemuncak tenaga festival pula dipegang oleh pertembungan rentak retro Pop Yeh Yeh dan Ska Tradisional menerusi gabungan kumpulan Masdo bersama Gerhana Skacinta.
Susunan muzik bertenaga dengan tiupan horns section menghidupkan lagu-lagu hits seperti "Bunga", "Dinda", "Teruna & Dara", serta "Selamat Pagi Dunia" yang memaksa ribuan penonton melompat riang.
Pengarah Festival Pestapora yang juga Pengasas Bersama Boss Creator, Kiki Ucup berkata, keunikan kolaborasi rentas generasi dan genre itu direka khusus bagi memberikan interpretasi baharu terhadap karya seni kedua-dua negara.
"Kolaborasi menjadi salah satu elemen penting yang kami percaya boleh terus dikembangkan. Daripada pertemuan inilah sesuatu yang baharu dan unik dapat dicipta untuk komuniti muzik Malaysia dan Indonesia," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Group, Rohit Rampal menjelaskan penganjuran tahun ini bukan sekadar sebuah festival muzik, sebaliknya menjadi platform memperkasakan pengalaman peminat secara menyeluruh.
Selain persembahan pentas utama, festival edisi kedua ini turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 20 vendor makanan dan minuman (F&B), zon interaktif Universal Music Corner, serta pelbagai aktiviti kebudayaan dan gaya hidup.
Acara yang mendapat sokongan Visit Malaysia 2026 itu turut menyaksikan penampilan sulung kumpulan pop-punk Indonesia, Last Child, selain persembahan daripada Fugo, TipeX, Tulus, Mahalini, Bernadya, Insomniacks, dan Nadhif Basalamah.