Reality Club Teruja Tampil Kali Pertama di Zepp KL
Kumpulan indie rock popular Indonesia, Reality Club, meluahkan rasa teruja untuk kembali mengadakan persembahan di ibu negara menerusi konsert Reality Club Live In Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Zepp KL pada 13 November ini.
Vokalis, pemain gitar dan keyboard, Fathia Izzati, berkata Kuala Lumpur sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati mereka dan dianggap sebagai rumah kedua memandangkan sambutan luar biasa daripada peminat tempatan sejak kali pertama mereka mengadakan persembahan di sebuah studio kecil pada 2019.
"Kami telah berkarya selama 10 tahun dan tahun ini kami akan mengadakan persembahan sempena 10 Tahun Reality Club. Kami pernah mengadakan beberapa persembahan di KL sebelum ini, tetapi tiada yang sebesar ini.
"Ia akan menjadi persembahan pertama kami yang sangat besar dari segi jumlah penonton dan skala produksi," katanya pada sidang media di TAB Coffee, Taman Melawati, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah anggota kumpulan yang lain iaitu Faiz Novascotia Saripudin (vokalis utama dan gitar), Nugi Wicaksono (gitar bes dan vokal latar), serta Era Patigo.
Menjelaskan mengenai keputusan mereka yang konsisten menghasilkan karya dalam bahasa Inggeris sejak penubuhan kumpulan itu, Faiz berkata ia dilakukan kerana penulis lagu utama itu berasa lebih jujur dan selesa meluahkan perasaan serta penceritaan seni menerusi bahasa tersebut.
"Saya rasa kami sentiasa cuba sangat jujur dengan seni kami. Cara terbaik untuk saya menunjukkan perasaan saya dan menceritakan kisah saya sebenarnya dalam bahasa Inggeris, kerana saya lebih banyak bercakap dalam bahasa Inggeris berbanding Bahasa Indonesia," ujar Faiz.
Beliau menambah, biarpun penggunaan bahasa Inggeris memberikan kelebihan dari segi capaian pasaran antarabangsa, ia turut mempunyai kekangan tersendiri dalam usaha melokalisasikan karya di negara sendiri.
Bagaimanapun, selepas 10 tahun, mereka akhirnya mengambil langkah menerbitkan sebuah lagu berbahasa Indonesia yang menyentuh topik kerohanian dan menerima sambutan yang sangat positif daripada peminat.
Mengulas mengenai perjalanan seni mereka, Fathia berkata genre muzik mereka yang menggabungkan elemen rock dan pop alternatif dilihat sebagai sebuah medium penceritaan yang berkesan untuk mendekati peminat merentasi sempadan.
Konsert berdurasi dua jam itu dijanjikan bakal menampilkan lebih 20 buah lagu merentasi empat album studio mereka, termasuk album terbaharu mereka, "Who Knows Where Life Will Take You", yang dilancarkan tahun lepas.
Selain itu, pihak penganjur POST dan Katarsis Live menjanjikan pelbagai kejutan menarik serta konsep unik "rumah kelab" yang akan membawa peminat merasai pengalaman visual dan teknikal setanding dengan persembahan ulang tahun mereka di Jakarta sebelum ini.
Peminat boleh mendapatkan tiket konsert berkenaan menerusi pautan rasmi di www.ticketmelon.com.