OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Reality Club Pilih Kuala Lumpur Raikan Ulang Tahun Ke-10 Pada 13 November

Reality Club Pilih Kuala Lumpur Raikan Ulang Tahun Ke-10 Pada 13 November
← Back to News
Kumpulan muzik indie terkenal dari Jakarta, Reality Club, memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi persembahan istimewa bagi meraikan perjalanan sedekad pembabitan mereka dalam industri muzik pada 13 November ini. Dianjurkan oleh POST bersama Katarsis Live, konsert yang berlangsung untuk satu malam sahaja di Zepp Kuala Lumpur itu bakal menyaksikan susunan semula katalog lagu-lagu popular mereka khas sempena ulang tahun ke-10 kumpulan tersebut. Reality Club Pilih Kuala Lumpur Raikan Ulang Tahun Ke-10 Pada 13 November Penganjur dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, persembahan berkenaan dirangka bagi memberikan pengalaman berbeza kepada peminat di Malaysia berbanding siri persembahan mereka sebelum ini. Kumpulan yang dibentuk oleh empat anggota asal itu mula mencipta nama menerusi lagu-lagu hits seperti Is It The Answer? dan Alexandra, sekali gus menjadi antara penggerak utama muzik indie di rantau Asia Tenggara. Reality Club Pilih Kuala Lumpur Raikan Ulang Tahun Ke-10 Pada 13 November Pengaruh mereka terus kukuh menerusi album studio ketiga, Reality Club Presents..., yang memenangi anugerah Best Alternative Album di Anugerah Musik Indonesia, manakala trek Love Epiphany dinobatkan sebagai Best Alternative Duo/Group/Collaboration. Kematangan karya mereka diteruskan menerusi album keempat, Who Knows Where Life Will Take You?, yang menerima pujian meluas hasil penceritaan emosi serta penulisan lagu yang lebih mendalam. Reality Club Pilih Kuala Lumpur Raikan Ulang Tahun Ke-10 Pada 13 November Tahun lalu menjadi titik perubahan penting buat Reality Club selepas kejayaan konsert ulang tahun yang habis terjual di Jakarta pada Jun, sebelum menandatangani kontrak bersama label muzik Indonesia, Suneater. Tiket pra-jualan bagi konsert ini akan mula dibuka pada 31 Ogos ini di laman web https://10yearsofreality.club/, manakala jualan umum bermula 2 September menerusi laman web https://www.ticketmelon.com.