OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Ramli Sarip, Ziana Zain Bakal Hangatkan Konsert 'Homecoming' Ella, Tiket Berbaki 30 Peratus

Ramli Sarip, Ziana Zain Bakal Hangatkan Konsert 'Homecoming' Ella, Tiket Berbaki 30 Peratus
← Back to News
Legenda rock negara, Ella bakal menggegarkan SPICE Arena, Pulau Pinang menerusi konsert "Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru" pada 22 Ogos ini, dengan menampilkan dua nama besar industri muzik tanah air, Datuk Ramli Sarip dan Ziana Zain sebagai artis jemputan istimewa. ​Pihak penganjur, Hitman Solutions bersama Rockqueen dalam satu sidang media mengumumkan penukaran tarikh dan lokasi baharu tersebut, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 25 Julai depan di lokasi berbeza. ​Ketua Projek Khas Hitman Solutions, Keeran D berkata keputusan memindahkan lokasi ke pentas tertutup (indoor) itu dibuat selepas penelitian menyeluruh demi memberikan keselesaan optimum, sistem akustik lebih terkawal, serta melindungi penonton daripada faktor cuaca yang tidak menentu. Ramli Sarip, Ziana Zain Bakal Hangatkan Konsert 'Homecoming' Ella, Tiket Berbaki 30 Peratus ​"SPICE Arena mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana pernah menjadi saksi kejayaan konsert 'Jilid Akhir: Ella Puteri Kota' yang dihadiri 14,000 peminat. ​"Penukaran ini juga didorong oleh maklum balas dan permintaan ramai peminat yang mahu mengulang semula nostalgia kemeriahan itu. Walaupun kami mahu mengekalkan tarikh asal, namun kekangan ketersediaan venue menjadikan 22 Ogos sebagai pilihan terbaik," katanya pada sidang media konsert itu di sini, hari ini. ​Mengulas mengenai penjualan tiket, Keeran mendedahkan bahawa sambutan yang diterima amat luar biasa apabila sebanyak 70 peratus daripada pelan susunan tempat duduk di SPICE Arena telah pun terjual, sekali gus meninggalkan baki 30 peratus sahaja lagi untuk peminat yang belum berbuat demikian. ​Beliau turut memberi jaminan bahawa harga tiket adalah kekal sama seperti yang diumumkan sebelum ini, bermula daripada RM39 bagi kategori Restricted View sehingga RM399 untuk kategori VVIP. ​"Bagi pemegang tiket sedia ada, penempatan semula tempat duduk akan dipindahkan secara automatik kepada nilai yang setara di SPICE Arena tanpa sebarang kos tambahan, dan maklumat lanjut akan dihantar melalui e-mel kepada pembeli hari ini," katanya. Ramli Sarip, Ziana Zain Bakal Hangatkan Konsert 'Homecoming' Ella, Tiket Berbaki 30 Peratus ​Sementara itu, Ella melahirkan rasa teruja untuk kembali beraksi di negeri kelahirannya dan menyambut baik perubahan tersebut demi memberikan persembahan yang lebih imersif dan dekat dengan peminat di utara tanah air. ​Mengekalkan visi asal sebagai sebuah perayaan istimewa sempena ulang tahun ke-60 Ella, konsert kali ini turut menyaran para penonton untuk hadir dengan kod pakaian bertemakan "Glam Rock 90's : Battle of The Bands" bagi mengimbau kembali era kegemilangan awal kerjaya Ratu Rock negara itu. ​Selain elemen hiburan, konsert ini turut meneruskan kempen kebajikan Peace, Love & Rindu di mana RM2 daripada setiap tiket yang terjual akan disalurkan kepada pertubuhan terpilih termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang, Yayasan Kebajikan Negara (YKN), dan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT). ​Tiket boleh didapati dengan melayari laman web rasmi www.hitmanlive.com.