OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Penyatuan 3 Gergasi Rock: Konsert 3 Veto Cetus Nostalgia Buat 4,000 Peminat

Penyatuan 3 Gergasi Rock: Konsert 3 Veto Cetus Nostalgia Buat 4,000 Peminat
← Back to News
Pentas muzik rock tanah air sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila gabungan tiga kumpulan legenda Search, Wings dan XPDC berjaya mengumpulkan hampir 4,000 peminat dalam Konsert 3 Veto yang berlangsung di MegaStar Arena, semalam. Konsert anjuran Bintang Batu Event bertemakan "Tiga Perjalanan, Tiga Kuasa, Satu Takdir" itu bukan sekadar mengimbau nostalgia, malah membuktikan karya serta aura genre rock tempatan kekal relevan merentasi pelbagai generasi peminat. Wakil Bintang Batu Event berkata, penganjuran konsert berkenaan bertujuan meraikan legasi tiga gergasi rock Malaysia serta memberikan pengalaman sukar dilupakan buat para penonton yang hadir. "Konsert 3 Veto bukan sekadar menghimpunkan Search, Wings dan XPDC dalam satu pentas, tetapi menjadi simbol penghargaan kepada legasi rock Malaysia. Kehadiran hampir 4,000 penonton membuktikan karya mereka masih dekat di hati peminat," katanya. Persembahan malam itu dimulakan oleh Kyoji Band yang membawakan empat buah lagu bagi memanaskan suasana arena sebelum kemunculan kumpulan utama. Penyatuan 3 Gergasi Rock: Konsert 3 Veto Cetus Nostalgia Buat 4,000 Peminat Pentas kemudiannya dihangatkan oleh XPDC yang memukau penonton menerusi lagu popular seperti Gerak, Kita Pengyu, Tangis Darah dan Jangan Tak Mandi. Mereka turut mempersembahkan dua segmen medley yang menggabungkan Aku Masih Di Sini bersama Titian Perjalanan, serta Monggol Dah Pulang dengan Apa Nak Dikata. Penyatuan 3 Gergasi Rock: Konsert 3 Veto Cetus Nostalgia Buat 4,000 Peminat Kumpulan Search seterusnya mengubat kerinduan peminat dengan deretan lagu malar segar termasuk Melastik Ke Bintang, Pelesit Kota, Gothik Malam Edan, Neo Romantik dan Kereta Merah. Penyatuan 3 Gergasi Rock: Konsert 3 Veto Cetus Nostalgia Buat 4,000 Peminat Wings melengkapkan malam penuh nostalgia itu menerusi pembukaan dramatik gabungan Dari Tuhan, Jerangkung dan Lubuk Pusing, sebelum meneruskan persembahan menerusi lagu ikonik seperti Di Ambang Wati, Opera Hidup dan Rock N Roll Lu Punya Suka. Kemuncak malam bersejarah itu menyaksikan kesemua artis naik ke pentas bagi menyampaikan lagu penutup So Lonely secara beramai-ramai, sekali gus menyatukan sorakan ribuan peminat yang memenuhi ruang arena. Kejayaan penganjuran Konsert 3 Veto ini sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Search, Wings dan XPDC sebagai tonggak utama industri muzik rock tempatan yang terus mendapat tempat di hati pencintanya. Foto Oleh: Subky.