OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Penyanyi Hits 'blue', yung kai Bakal Kembali Ke Asia, Bakal Gegar Zepp KL 6 November Ini

Penyanyi Hits 'blue', yung kai Bakal Kembali Ke Asia, Bakal Gegar Zepp KL 6 November Ini
← Back to News
Artis indie-pop alternatif terkemuka, yung kai bakal membuat kemunculan semula di Asia menerusi siri jelajah “stay with the ocean, i’ll find you: Asia 2026” musim luruh ini, termasuk persembahan bertenaga di Zepp Kuala Lumpur pada 6 November depan. Jelajah kali ini bakal menjadi siri konsert terbesar beliau di Asia yang merangkumi sembilan bandar raya utama. Selepas melengkapkan siri jelajah di Amerika Utara, penyanyi yang popular dengan trek hits "blue" dan "teach me how to dance" itu akan memulakan siri persembahan di bandar kelahirannya, Shanghai pada 30 Oktober. yung kai kemudiannya dijadualkan meneruskan persembahan di Bangkok dan Singapura sebelum mengegarkan pentas Kuala Lumpur, diikuti Manila, Taipei, Hong Kong, Seoul, dan berkemuncak di Tokyo pada 19 November. Penyanyi Hits 'blue', yung kai Bakal Kembali Ke Asia, Bakal Gegar Zepp KL 6 November Ini Sebelum ini, siri jelajah Asia yung kai pada musim panas 2025 mencatatkan kejayaan luar biasa apabila kesemua tiket konsertnya habis terjual. Bagi konsert di Kuala Lumpur, jualan tiket pra-jualan artis dibuka pada Isnin (3 Ogos) bermula jam 11 pagi hingga 11:59 malam menerusi pendaftaran di platform Discord rasmi (discord.com/invite/yungkaiworld). Manakala pra-jualan khas untuk pemegang kad Mastercard berlangsung dari 4 Ogos (11 pagi) hingga 5 Ogos (11 pagi) melalui pautan priceless.com/music. Ahli Live Nation Malaysia juga berpeluang membeli tiket pra-jualan pada 5 Ogos (Rabu) bermula jam 12 tengah hari hingga 11:59 malam dengan mendaftar keahlian secara percuma di livenation.my. Jualan tiket bagi orang ramai pula akan mula dibuka secara rasmi pada 6 Ogos (Khamis), bermula jam 11 pagi di laman web golive-asia.com. Maklumat lanjut mengenai siri jelajah dan pembelian tiket boleh didapati menerusi laman web rasmi yung kai.