Pentas 'Gila' Tiga Legenda: Awie Yakin Konsert 3 Veto Bawa Kelainan Luar Biasa
Penyanyi rock legenda, Datuk Awie, yakin perhimpunan tiga gergasi muzik tanah air Wings, XPDC dan Search dalam satu pentas menerusi Konsert 3 Veto bakal memberikan kelainan luar biasa serta impak impian buat para peminat tegar irama rock.
Beliau berkata, kolaborasi gabungan tiga nama besar ini merupakan satu lipatan sejarah tersendiri dalam industri muzik tanah air kerana julung kalinya mereka disatukan di bawah satu bumbung persembahan.
"Ini pertama kali berlaku dalam sejarah pentas apabila Wings, XPDC dan Search berada dalam satu pentas yang sama. Jadi saya yakin penonton atau penyokong akan merasakan satu 'vibe' yang berbeza daripada konsert-konsert lain.
"Apa yang kita bawa kali ini adalah keberanian dan keyakinan untuk beraksi. Latihan 'gila' yang kami lakukan adalah demi menyatukan kesemua penyokong dan memberi persembahan terbaik. Inilah kelainan sebenar Konsert 3 Veto," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di My Studio, di sini, semalam.
Konsert anjuran Bintang Batu Event dengan sokongan Seri Simfoni Sdn. Bhd. itu dijadualkan bermula pada jam 8.15 malam dan akan diserikan dengan persembahan pembuka oleh Kyoji Band seawal jam 7.45 malam.
Sementara itu, wakil penganjur, Atom, memberitahu bahawa konsert berkenaan bakal menyajikan persembahan bertenaga tanpa henti selama hampir tiga jam dengan membariskan lebih 30 buah lagu hit popular.
"Setiap kumpulan diberi tempoh persembahan kira-kira satu jam. Jika dicampur dengan persembahan pembuka esok, ia secara keseluruhannya mengambil masa sekitar tiga jam.
"Ia memang sebuah 'rock party' yang dibawakan khas untuk memuaskan halwa telinga para peminat rock tempatan," katanya.
Konsert 3 Veto dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 1 Ogos 2026 di MegaStar Arena, Bukit Bintang.
Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert bersejarah ini, tiket-tiket masih berbaki dan boleh didapati pada harga bermula RM216 dengan layari laman web rasmi di https://3veto.ubertickets.asia/
Foto Oleh: Papadin.