Pengorbanan Nourul Di 'Konsert For You' Demi Peminat, Realisasi Impian Tiga Dekad
Menyifatkan konsert solo sulungnya bukan sekadar pentas hiburan komersial, penyanyi lagenda Nourul Depp membuktikan pengorbanan besarnya demi menghargai kesetiaan peminat yang menyokong kerjaya seninya sejak lebih tiga dekad lalu.
Menerusi Konsert For You: Nourul yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Zepp Kuala Lumpur Sabtu lalu, penyanyi yang terkenal dengan vokal ampuh ini mengakui sanggup mengetepikan soal keuntungan material, malah sedia menyanyi secara percuma demi merealisasikan impian seni yang dipendam selama 32 tahun.
Nourul, atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 48, mendedahkan bahawa beliau melihat penganjuran konsert ini sebagai satu bentuk pelaburan peribadi yang besar, bukan sahaja dari sudut kewangan tetapi juga jiwa dan tenaganya.
"Bagi saya, konsert ini adalah hadiah buat peminat dan bukti cinta saya kepada bidang seni. Saya tidak mengejar keuntungan komersial semata-mata. Malah, saya sanggup menyanyi tanpa bayaran dan melaburkan wang sendiri, asalkan impian yang tertangguh selama tiga dekad ini menjadi kenyataan.
"Jika jualan tiket dapat pulang modal sekalipun, saya sudah sangat bersyukur. Apa yang paling utama ialah kepuasan dapat berdiri di pentas solo ini dan memberikan yang terbaik buat mereka yang tidak pernah lelah menyokong saya," katanya ketika ditemui selepas selesai mengadakan konsert
Penyanyi yang melonjak naik menerusi lagu Kerana Terluka dan Cinta Azali itu menambah, beliau percaya rezeki dan pulangan kewangan akan datang secara berperingkat sekiranya sesuatu perkara dilakukan dengan niat yang ikhlas dan penuh minat.
Suasana di Zepp KL bertukar gamat dengan sorakan gemuruh peminat apabila Nourul secara spontan mengajak rakan baiknya, Ning Baizura, untuk mendendangkan lagu berhantu Selagi Ada Cinta.
Pentas konsert malam itu turut diserikan dengan kemunculan istimewa Mimi Fly menerusi rangkaian lagu Persamaan serta Maafkanku, selain penampilan anak lelakinya, Zachary Depp.
Antara nama-nama besar yang hadir memberikan sokongan padu termasuklah Ning Baizura, Ziana Zain, Fauziah Latiff, Salamiah Hassan, serta pelawak dan pengacara terkenal, Dee (Jangan Ketawa).
Pada malam konsert yang penuh nostalgia itu, Nourul memukau lebih 2,000 penonton dengan untaian lagu-lagu hitsnya, selain mengekalkan stamina vokal yang mantap sepanjang dua jam persembahan tanpa henti.