OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Peluang Kedua Buat 'Deathbats', Tiket Tambahan Mula Dijual Khamis Ini

Peluang Kedua Buat 'Deathbats', Tiket Tambahan Mula Dijual Khamis Ini
← Back to News
Peminat kumpulan heavy metal ikonik, Avenged Sevenfold, mendapat berita gembira apabila penganjur Hitman Solutions mengumumkan pelepasan tiket tambahan terhad bagi konsert Avenged Sevenfold Live in Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena KL pada 26 September ini. Langkah berkenaan diambil susulan sambutan luar biasa daripada komuniti peminat kumpulan itu yang dikenali sebagai Deathbats, selepas tiket jualan pertama habis terjual dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Menurut penganjur, tiket tambahan itu akan dibuka khusus bagi kategori Fan Zone dan Rockzone bagi memberi peluang kepada peminat yang terlepas jualan terdahulu untuk bersama-sama menyaksikan persembahan secara langsung kumpulan berkenaan. Peluang Kedua Buat 'Deathbats', Tiket Tambahan Mula Dijual Khamis Ini Jualan tiket tambahan secara dalam talian itu akan bermula pada Khamis ini (30 Julai) jam 12.00 tengah hari menerusi laman web rasmi www.hitmanlive.com. Tiket bagi kategori Fan Zone ditawarkan pada harga RM699, manakala kategori Rockzone pula berharga RM499, tidak termasuk caj pemprosesan dan tempahan. Konsert anjuran Hitman Solutions ini turut mendapat sokongan Hitz FM, Sinar FM, dan Mix FM selaku Rakan Radio Rasmi, manakala Astro Gempak bertindak sebagai Rakan Media Rasmi. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkenaan jualan tiket boleh dibuat menerusi e-mel concerts@hitman.group.