OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Panggung Sandiwara Temukan FUGŌ, Midnight Fusic Buat Kali Pertama 17 Oktober Ini

Panggung Sandiwara Temukan FUGŌ, Midnight Fusic Buat Kali Pertama 17 Oktober Ini
← Back to News
Dua kugiran kontemporari tempatan, FUGŌ dan Midnight Fusic, bakal berkongsi pentas buat kali pertama menerusi konsert double-bill bertajuk Panggung Sandiwara: FUGŌ & Midnight Fusic yang dijadualkan berlangsung di Odeon KL pada 17 Oktober ini. Penganjur acara, Rockstation Event & Entertainment Sdn. Bhd., menyatakan bahawa konsert yang bermula pada jam 8:00 malam itu dirangka khas bagi memberikan pengalaman persembahan secara langsung yang menyeluruh dengan menghimpunkan dua kumpulan yang mempunyai identiti muzik serta kelompok peminat tersendiri. Panggung Sandiwara Temukan FUGŌ, Midnight Fusic Buat Kali Pertama 17 Oktober Ini Pengarah Urusan Rockstation, Mozylir Mokhtaruddin berkata, keputusan menggabungkan kedua-dua kumpulan berkenaan dibuat berdasarkan perkembangan selera pendengar generasi baharu serta kekuatan karakter muzik yang dimiliki oleh kedua-dua pihak. Menurut vokal utama FUGŌ, Hakim Kamal, penganjuran konsert itu merupakan realisasi kepada perancangan yang mula dibincangkan sejak 2024 ketika kedua-dua kumpulan menjayakan sebuah persembahan di Pantai Timur. Beliau menambah, pemilihan nama konsert berkenaan diilhamkan daripada tajuk lagu kedua-dua kumpulan yang berkongsi perkataan sama, iaitu "Sandiwara". Panggung Sandiwara Temukan FUGŌ, Midnight Fusic Buat Kali Pertama 17 Oktober Ini Sementara itu, vokal utama Midnight Fusic, Arif Kamarudin berkata, selain daripada susunan muzik dan senarai lagu yang jarang dimainkan, fokus utama konsert ini turut merangkumi elemen visual khusus bermula daripada fasa promosi sehinggalah malam persembahan. FUGŌ yang ditubuhkan pada 2019 terkenal dengan genre Nu-Vintage, manakala Midnight Fusic yang bergiat aktif sejak 2013 popular dengan pelbagai variasi muzik seperti bossa nova, indie rock, dan garage rock. Panggung Sandiwara Temukan FUGŌ, Midnight Fusic Buat Kali Pertama 17 Oktober Ini Harga tiket yang ditawarkan merangkumi dua kategori utama iaitu PENTAS (free standing) pada harga RM89 (jualan awal) dan RM139 (jualan umum), serta SANDIWARA (premium seating) pada harga RM129 (jualan awal) dan RM189 (jualan umum). Pihak penganjur turut menawarkan pas nilai tambahan Exclusive Session pada harga RM150 bagi akses sesi ramah mesra (Meet & Greet) dan barangan eksklusif. Jualan tiket konsert akan mula dibuka pada 27 Ogos jam 10:00 pagi menerusi laman web rasmi panggungsandiwara.com.