NU FEST 2027: Nidji, MASDO, The Changcuters 'Tawan' Stadium Merdeka Januari Depan
Stadium Merdeka yang sarat dengan nilai sejarah negara dijangka bergegar dengan gelombang muzik rentas generasi apabila NU FEST 2027 membuka tirai tahun baharu menerusi penganjuran berskala besar pada 30 Januari 2027.
Dianjurkan oleh COMs. Creative Studio dengan kerjasama AKE Seni, festival ini tampil dengan identiti tersendiri menerusi konsep teras “Music, Culture & Community”, menjadikannya bukan sekadar sebuah konsert biasa, sebaliknya destinasi gaya hidup menyeluruh untuk golongan muda.
Wakil COMs. Creative Studio, Zairul Addry Helmy berkata, ilham penubuhan festival ini tercetus daripada evolusi festival muzik antarabangsa yang menggabungkan persembahan pentas, ruang niaga, aktiviti karnival dan interaksi komuniti.
"Kami tidak mahu NU FEST dilihat sebagai sebuah konsert yang menghimpunkan ramai artis semata-mata. Sebaliknya, kami mahu pengunjung datang lebih awal, menikmati suasana festival, meneroka karnival dan aktiviti kreatif sebelum menyaksikan persembahan di pentas utama.
"Menerusi penggabungan band 'established' seperti Nidji dan The Changcuters, kumpulan kegilaan Gen Z iaitu Masdo, serta bakat-bakat baharu yang segar, kami mahu membina sebuah komuniti dan pengalaman yang boleh berkembang bersama generasi muda Malaysia," katanya.
Barisan artis Fasa 1 dan Fasa 2 yang diumumkan menampilkan gandingan pelbagai genre merangkumi The Changcuters, Dukes, Lokarya, The Beretta’s, Saja, Monosterio, kemunculan istimewa Band D_Va, serta kumpulan popular Indonesia, Nidji yang dijadual membuat persembahan selama 90 minit.
Turut memeriahkan suasana ialah Masdo yang membawa pengaruh retro bersentuhan kontemporari, serta persembahan daripada komuniti DJ, Beats & Brew.
Selain pengisian seni dan muzik, penganjur turut memberi penekanan terhadap kualiti produksi bertaraf tinggi termasuk visual, pencahayaan, skrin LED dan sistem bunyi demi memastikan keselesaan pengunjung di lokasi ikonik tersebut.
Tiket bagi fasa permulaan ditawarkan pada harga mampu milik bermula serendah RM88, di samping tawaran pakej khas untuk pembelian berkumpulan.
Kategori tempat duduk “Standing” dibuka terlebih dahulu bagi jualan Fasa 1, manakala maklumat lanjut mengenai zon “Grandstand” akan diumumkan dari semasa ke semasa.