New Boyz ‘Meraung’ di Singapura 5 Disember Ini, Ubat Rindu Peminat Seberang Tambak
Selepas lebih dua dekad mengukir nama dalam industri muzik Nusantara, kugiran popular era 1990-an, New Boyz, bakal kembali menggegarkan pentas menerusi konsert berskala besar, New Boyz Meraung – Live in Singapore di The Star Theatre, Singapura pada 5 Disember depan.
Penganjuran konsert yang dibawakan oleh MSN Entertainment itu bertujuan meraikan perjalanan seni kugiran berkenaan yang kekal malar segar, selain menjadi simbolik apresiasi kepada para peminat di seberang tambak yang tidak pernah putus menyokong kerjaya mereka sejak era awal kemunculan.
Vokalisnya, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok berkata, pemilihan republik itu sebagai destinasi konsert dibuat selepas dua tahun mereka tidak mengadakan persembahan pentas berskala besar.
"Singapura adalah negara yang paling kerap New Boyz singgahi pada zaman awal kemunculan. Pada 5 Disember ini, kami mahu kembali bukan sahaja untuk membangkitkan nostalgia, tetapi merayakan kesetiaan semua peminat.
"Konsert ini juga diharap dapat menjadi medan pertemuan bukan sahaja buat peminat di Singapura, malah peminat dari Malaysia, Indonesia dan Brunei," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kugiran yang turut dibarisi oleh Jay dan Afiez (gitar), Zack (bes), serta Along dan Ristoe (dram) itu dijangka mempersembahkan seleksi lagu hit daripada katalog popular mereka, termasuk dendangan malar segar seperti Meraung dan Sejarah Mungkin Berulang.
Sementara itu, wakil MSN Entertainment, Aynn berkata, pemilihan judul Meraung amat signifikan dengan perjalanan New Boyz memandangkan trek popular daripada album Akur (2000) itu masih kekal relevan serta diminati pelbagai generasi sehingga ke hari ini.
Konsert yang dijadualkan bermula pada pukul 8 malam itu menawarkan lima kategori tiket iaitu Silver (SGD99), Gold (SGD149), Platinum (SGD159), Diamond (SGD169) dan VIP (SGD259).
Pemegang tiket VIP akan menikmati pelbagai faedah eksklusif termasuk sesi beramah mesra (meet and greet) bersama anggota New Boyz, pas VIP eksklusif, cenderamata rasmi serta akses lorong ekspres.
Tiket boleh dibeli menerusi platform SISTIC.