Nastia 'Ubati' Rindu Peminat di 'Soul Journey' Oktober Ini, Turut Bersama Fynn Jamal & Amir Jahari
Selepas lebih sedekad mewarnai persada muzik tanah air, kumpulan alternatif rock tempatan, Nastia bakal merawat rindu para peminat menerusi penganjuran konsert eksklusif Nastia Project: Soul Journey yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert yang dibawakan khas bagi meraikan sokongan padu peminat sejak awal penubuhan kumpulan itu turut menyaksikan penglibatan dua figura muzik terkemuka, Fynn Jamal dan Amir Jahari bagi menyerikan pentas berkenaan.
Vokalis Nastia, Leo Azman berkata, persembahan kali ini disifatkan sebagai antara persembahan terpanjang yang pernah dibawakan oleh mereka, dengan sasaran durasi sekitar dua jam hingga dua jam 15 minit.
"Kami menyediakan kira-kira 24 buah lagu untuk konsert ini, termasuk karya-karya popular yang pernah mengangkat nama Nastia serta gubahan muzik baharu. Selain itu, persembahan turut diselitkan dengan lagu daripada Amir Jahari yang bakal dimainkan pada malam tersebut.
"Konsert ini merupakan sebuah perayaan karya bersama. Kami juga merancang beberapa kejutan dan gimik persembahan khas termasuk sesi duet bersama Amir Jahari dan Kak Fynn (Fynn Jamal)," katanya pada majlis pengumuman konsert berkenaan.
Nastia yang turut dibarisi Rudy Iskandar (gitar) menyifatkan Soul Journey bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya perjalanan emosi yang menceritakan kisah kehidupan, harapan, dan kasih sayang.
Sementara itu, Pengarah Urusan Smart Nikko, Khoo Boon Chong memaklumkan bahawa sambutan terhadap konsert berkenaan amat menggalakkan apabila kesemua tiket kategori duduk telah habis terjual.
"Semua tiket kategori duduk iaitu VIP Box, Rapuh dan Tanpamu telah pun habis dijual. Kini hanya berbaki tiket bagi kategori berdiri," katanya.
Berkongsi lanjut mengenai pemilihan gandingan artis, Khoo mendedahkan minat dan keyakinannya terhadap karya Nastia bermula selepas diperkenalkan dengan lagu hit mereka, Rapuh.
"Apabila saya mendengar lagu Rapuh, ia betul-betul menyentuh hati dan memanggil memori, terutamanya buat generasi kami. Selepas saya memainkan lagu-lagu Nastia kepada rakan-rakan lain, maklum balas yang diterima amat positif dan mereka mengakui karya kumpulan ini sangat bagus serta mempunyai daya tarikan tersendiri untuk bergerak lebih jauh," tambah beliau.
Dalam pada itu, penyanyi dan komposer Amir Jahari meluahkan rasa teruja kerana dapat berkongsi pentas bersama Nastia yang dianggapnya sebagai rakan seni dengan nilai karya yang tinggi.
"Saya merupakan peminat tegar lagu-lagu Nastia sejak dahulu. Karya mereka mempunyai gaya yang unik yang sangat dekat dengan jiwa pendengar dan sarat dengan mesej motivasi serta harapan. Penglibatan dalam konsert ini adalah satu penghormatan besar buat saya," katanya.
Baki tiket kategori berdiri ditawarkan pada harga bermula RM118 menerusi platform rasmi Ticket2U.