OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

Nastia Project Pukau 2,000 Penonton, Konsert 'Soul Journey' Cipta Kenangan Manis

Nastia Project Pukau 2,000 Penonton, Konsert 'Soul Journey' Cipta Kenangan Manis
← Back to News
Kira-kira 2,000 peminat muzik tempatan membanjiri Zepp Kuala Lumpur bagi menyaksikan konsert Nastia Project: Soul Journey yang berlangsung penuh penghayatan pada Jumaat. Konsert dibarisi anggota utama kumpulan itu, Leo Azman dan Rudy, berjaya memukau penonton menerusi seleksi 21 lagu yang merangkumi perjalanan karya muzik mereka. Nastia Project Pukau 2,000 Penonton, Konsert 'Soul Journey' Cipta Kenangan Manis Suasana di dewan konsert bertukar emosi apabila lagu popular mereka, Rapuh, dipersembahkan, mencetuskan sesi 'sing-along' beramai-ramai oleh penonton yang sekali gus menyatukan artis dan peminat menerusi bait lirik serta melodinya. Persembahan pada malam berkenaan turut diserikan dengan kemunculan penyanyi jemputan, Liyana Fizi dan Fynn Jamal, yang tampil melengkapkan pentas serta memberikan variasi tersendiri kepada konsert tersebut. Nastia Project Pukau 2,000 Penonton, Konsert 'Soul Journey' Cipta Kenangan Manis Konsert anjuran bersama Smart AV Sdn Bhd yang diwakili Coolman Khoo dan Nikko Concept Sdn Bhd diwakili Afric Khaw itu bukan sahaja menghidupkan malam penuh nostalgia, malah menjadi bukti sokongan padu peminat terhadap industri muzik tanah air. Pihak penganjur menerusi satu kenyataan menzahirkan penghargaan kepada penonton, barisan artis, pasukan produksi serta rakan media atas sokongan yang menjayakan persembahan itu. Penganjuran konsert itu diharap dapat membuka ruang kepada lebih banyak acara persembahan muzik secara langsung yang mendekatkan penggiat seni dengan peminat, di samping terus menyemarakkan persada hiburan tempatan.