OnStage by MDAILY.
← Back to News
Concert News

MPO Bawa Konsert ‘A Knight’s Tale’ di DFP 29 Ogos Ini di DFP

MPO Bawa Konsert ‘A Knight’s Tale’ di DFP 29 Ogos Ini di DFP
← Back to News
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) bakal meriah dengan alunan muzik simfoni romantik menerusi konsert ‘A Knight’s Tale: Valor & Romance In Music’ yang dipersembahkan oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) pada Sabtu, 29 Ogos ini, jam 8.00 malam. Konsert di bawah pimpinan Pengarah Muzik MPO, Junichi Hirokami, itu menjanjikan pengalaman muzik klasik mendalam menerusi barisan karya terkemuka dunia. MPO dalam satu kenyataan memaklumkan konsert tersebut akan menampilkan pemain cello tersohor dari Colombia, Santiago Cañón-Valencia, yang bakal mendendangkan konserto cello ciptaan Antonín Dvořák — karya yang diiktiraf sebagai antara konserto cello teragung yang pernah dihasilkan. "Cañón-Valencia, yang pernah memenangi pelbagai pertandingan antarabangsa dan disifatkan majalah The Strad mempunyai teknik persembahan 'sempurna tanpa cela', bakal memukau penonton dengan kemahiran teknikal serta kehalusan seni muziknya," menurut kenyataan itu. MPO Bawa Konsert ‘A Knight’s Tale’ di DFP 29 Ogos Ini di DFP Selain karya Dvořák, babak kedua konsert akan menampilkan gubahan William Walton bertajuk ‘Touch her soft lips and part’ daripada filem Shakespeare, Henry V, sebelum ditutup dengan Symphony No.2 in C karya Robert Schumann yang sarat dengan unsur kebangkitan semangat dan pengakhiran megah. Bagi pencinta muzik klasik yang ingin mendalami teknik persembahan cello, DFP turut menganjurkan bengkel eksklusif (masterclass) bersama Cañón-Valencia pada Khamis, 27 Ogos 2026, jam 6.00 petang. Tiket konsert ditawarkan pada harga bermula RM249 (Kategori C) hingga RM499 bagi tempat duduk Suite (termasuk hidangan ringan), manakala pass pemerhati bagi bengkel cello dijual pada harga RM25 dan RM200 bagi peserta. Tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-23317007 atau laman web rasmi MPO di www.mpo.com.my.