'Menjelmalah Aku' Maman Teacher’s Pet, Umum Showcase 'Back To School' 27 Disember Ini
Selepas lebih dua dekad menyepi daripada industri seni tanah air, kumpulan rock legenda era 90-an, Teacher’s Pet, akhirnya membuat kemunculan semula yang paling dinanti-nantikan menerusi single terbaharu berjudul "Menjelmalah Aku".
Vokalisnya, Maman berkata, lagu berkenaan bukan sekadar sebuah karya baharu, malah menjadi simbolik kepada kebangkitan semula kumpulan itu selepas sekian lama membawa haluan masing-masing serta menumpukan perhatian kepada keluarga.
Menurut Maman, perjalanan comeback ini sebenarnya sudah dirangka sejak era pandemik COVID-19, namun terpaksa tertangguh susulan pelbagai fasa kehidupan peribadi, termasuk pengorbanan beliau menetap di Singapura dan ujian besar apabila kehilangan anak tersayang dalam satu kemalangan tragis.
"Lagu ini sudah ada sejak zaman COVID-19 lagi. Cuma perjalanan hidup membuatkan kami mengambil masa yang sangat panjang untuk kembali. Lebih 20 tahun kami menyepi kerana keluarga, anak-anak, dan kehidupan.
"Banyak perkara berlaku sepanjang tempoh itu, termasuk kehilangan yang sangat besar. Jadi, apabila kami kembali dengan lagu ini, ia bukan sekadar comeback, tetapi membawa cerita dan perjalanan hidup kami," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Single "Menjelmalah Aku" turut menjadi pembuka tirai kepada penganjuran showcase eksklusif bertajuk "Teacher’s Pet: Back To School" yang dijadualkan berlangsung pada 27 Disember ini di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, bermula jam 8 malam anjuran Meta Music.
Showcase aberkapasiti 2,800 penonton itu membawakan tema nostalgia bagi mengimbau kembali era kegemilangan kumpulan berkenaan menerusi barisan lagu popular mereka seperti Warisan Wanita Terakhir, Malas, dan Dakap Aku Ke Syurga.
Lebih istimewa, barisan anggota asal Teacher’s Pet yang dianggotai Maman, Addy Cradle, dan Zul masih kekal bersama, disokong oleh kehadiran pemain drum baharu, Yuri.
Penganjur turut menyediakan segmen istimewa untuk lagu Warisan Wanita Terakhir, termasuk peluang kepada peminat membawa pulang sebuah gitar sebagai hadiah utama.
Tiket bagi menyaksikan showcase ini mula dijual pada 28 Oktober 2026, jam 12 tengah hari, dengan harga bermula dari RM88 (General Admission), RM128 (Silver), RM188 (Gold), hingga RM228 (VIP).
Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi platform rasmi iLassoTickets.com.