“Membesar Dengan Lagu Wali Band” – Najwa Latif Teruja Dipilih Sebagai Jemputan
Penyanyi dan komposer popular tempatan, Najwa Latif meluahkan rasa teruja dan berbesar hati apabila dipilih sebagai penyanyi undangan khas bagi menjayakan konsert WALI LIVE IN JB yang bakal berlangsung di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri pada 3 Oktober depan.
Najwa, 31, atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, beliau tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut memandangkan lagu-lagu kumpulan popular dari Indonesia itu merupakan sebahagian daripada latar belakang muziknya ketika membesar.
“Saya amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk terlibat dalam konsert ini. Saya sendiri membesar dengan lagu-lagu Wali Band.
“Jadi apabila peluang ini datang dan kebetulan pula tarikh konsert itu tidak bertembung dengan apa-apa komitmen lain, saya terus bersetuju tanpa ragu-ragu,” katanya.
Penyanyi yang melonjak naik menerusi lagu Cinta Muka Buku dan Sahabat itu menyifatkan gabungan bersama Wali Band di atas satu pentas sebagai satu pengalaman istimewa.
Sementara itu, wakil penganjur Nusantara Live Entertainment, Muhammad Hafiz Abd Hamid berkata, penganjuran konsert sulung syarikatnya dengan kerjasama Tourism Johor, Infinity Love Creative Ventures dan EduCity Sports Complex bertujuan untuk menghidupkan semula 'scene' konsert berskala besar di Johor Bahru.
Menurutnya, pemilihan Johor Bahru dibuat atas faktor potensi strategik bandar raya berkenaan yang berdekatan dengan Singapura dan Indonesia, selain menerima maklum balas luar biasa daripada peminat.
“Alhamdulillah, tiket konsert ini sudah terjual melebihi 10,000 unit dan majoriti pembeli terdiri daripada peminat di Singapura. Ini memberi keyakinan kepada kami bahawa Johor Bahru mempunyai potensi besar sebagai hub penganjuran acara muzik antarabangsa pada masa depan,” katanya.
Konsert yang dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam itu bakal menyaksikan Wali Band membawa deretan lagu hit mereka seperti Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang, Aku Bukan Bang Toyib, dan Doaku Untukmu Sayang.
Tiket bagi menyaksikan konsert WALI LIVE IN JB dijual pada harga bermula RM88 hingga RM1,188 dan boleh didapati menerusi platform rasmi MyTicket Asia.